AHLAN WA SAHLAN!

Selamat Datang ke blog Seritasnim...;)
Pengisian dalam sebuah perjalanan hidup..
Pengembaraan yang panjang untuk mengenal erti sebuah kehidupan. InshaaAllah, saya juga seorang pengedar sah SHAKLEE. Anda boleh dapatkan dari saya produku-produknya yang terbaik dari saya. Pos seluruh Malaysia, COD Mukah,Sarawak dan Kuantan, Pahang.

Wednesday, June 16, 2010

2 hari lagi...


Apa yang lagi dua hari tu??? mesti tertanya-tanya kan..:) sebenarnya, lagi dua hari untuk diriku berada di kampung halaman sendiri sebelum bertolak ke negeri orang..iaitu Sarawak, tempat ku bertugas..perjalanan mengambil masa dua hari untuk diriku sampai ke Mukah, Sarawak. Belum lagi bergerak, diriku sudah merasa kepenatan nye..Yang pasti, seharian diriku ini akan berada di lapangan terbang pada hari Sabtu nanti..terpaksa bermalam di Bintulu kerana masa penerbangan ke Bintulu telah di ubah oleh syarikat penerbangan yang ku naiki. Pagi Ahad, akan menaiki bas ke Mukah..yang mengambil masa 5 jam perjalanan. Tak dapat masuk ke sekolah awal. Timbul perasaan takut pula..bagaimanalah keadaan jalan raya ke sekolah ku itu..Selama 3 minggu tidak memandu kereta di jalan yang belum siap itu..harapnye jalan itu sudah baik sedikit dari sebelumnya...argh..mungkinkah?? aku rasa jalan itu masih lagi seperti dulu..Semoga Allah memudahkan perjalananku..dan semoga jalan tu dah nak siap.. dan semoga kesihatan fizikal, mental dan rohani dalam keadaan yang baik..
Apa yang nak di buat pada hari pertama persekolahan itu nanti ye??
1. Masukkan markah peperiksaan ke dalam buku rekod
2. Minta pada semua guru kelas memenuhkan buku rekod markah kelas masing-masing dan berikan padaku selewatnya hari Rabu (saya nak key in markah dalam program SAPR)
3. Mengingatkan guru kelas mengedarkan buku rekod murid pada hujung minggu ni (saya pun terlibat sama, sebab saya pun guru kelas :) )
4.Masuk dalam kelas tahun 6 ;- kutip semua latihan waktu cuti untuk disemak, kotakan janji pada murid yang tidak siap latihan tersebut; satu lagi pembetulan exam
5. Kelas tahun 5, 2, 4:- bincang kertas soalan peperiksaan

Perkara yang perlu diberi perhatian pada minggu pertama:-
1. PEKA Sains (tahun 6 & 5; pantau tahun yang lain)
2. PLBS BI (year 5 only)
3. Fail-fail SU peperiksaan ( Persediaan untuk Peperiksaan Percubaan UPSR; buat taklimat ringkas pada murid tahun 6 untuk menghadapi peperiksaan ini dari segi menanda borang OMR, hafal no angka giliran, no surat beranak)
4. Fail MACS
5. Kursus MBI yang seterusnya bila tarikhnya??

Pesanan akhir buat diri sendiri: Kerja ikhlas kerana Allah..mendidik manusia untuk menjadi manusia..kerja dengan baik agar diberkati Allah.. gunakan masa sebaiknya..

Diriku:
1. Guru Kelas murid tahun 6
2. S/u Peperiksaan sekolah
3. S/u Macs
4. Guru Penasihat BSMM
5. Guru Penasihat Bola Jaring
6. Subjek yang di ajar: Sains, B.I., PJK, PSK, P.Moral

Namun yang utama..diriku adalah hamba Yang Maha Esa, Taat pada Allah, taat pada Rasul.



Tempoh Percubaan..13 Jun 2010 hingga.....???

Bukan kacang sebarang kacang,
Kacang melilit si kayu jati,
Bukan datang sebarang datang,
Datang membawa hajat di hati.
~30 Mei 2010~

Abang Abu duduk bermenung,
Mari berjalan Kampung Tembirat,
Hendak mengikat ekor burung,
Ambillah cincin ini sebagai pengikat.
~13 Jun 2010~

Selesai sudah majlis peminanganku pada 13 Jun lalu..maka bermulalah tempoh percubaan bagi diriku dan dirinya...

Nasihat seorang teman : "Semoga sentiasa menjaga 'agama' sebelum hidup bersama ^_^"
Nasihat tetamu yang hadir: "Jaga diri baik-baik"


**********************

Tuesday, June 8, 2010

Warna-warna dalam hidupku..


Oren membuatkan ku ceria,
Hijau membuatkanku tenang,
Pink membuat diriku tersenyum.


Monday, June 7, 2010

Ya Allah mudahkanlah...

Lamarannya menggamit hatiku,
menerjah fikiran ku kini,
sekiranya benar dia diciptakan untukku,
di dunia yang sementara ini,
maka dengan senang hatinya diriku menerimanya.


Impianku ingin menggapai tangan ke langit,
bagi memacu hidupku ke arah mardhatillah,
dalam hidupku dan dalam kehidupannya,
harapanku agar dia dapat menjaga agamanya,
dalam dirinya, dalam keluarganya, dalam masyarakat..
kerna hidup ini tidak boleh sendiri,
perlunya berpadu,
agar diri tetap kukuh dalam mengharungi badai yang datang,
yang sentiasa bergelora.

Harapanku lagi, agar ia dapat menjadi penenangku,
dikala hati kegelisahan, dikala hati kemurungan,
tenanglah aku dengan ingatan-ingatan dari Nya,
tenangkanlah aku dengan peringatan dari sunnah Nabi,
kerna itu yang berharga,
kerna itu sahaja yang dapat menenangkan diriku.


Akan kuberikan yang terbaik buatnya,
akan kucuba membina diri,
menjadi insan solehah,
kerna itu saja aset ku,
untuk mencapai syurga di sana.

Bantulah diriku ini untuk itu,
dan diriku juga akan menjaga dirimu
dengan panduan dari sunnah Nabi dan panduan AlQuran nur karim.


Moga kami beroleh petunjuk,
moga kami beroleh hidayah,
moga aku boleh bersedia, untuk menempuhi hari itu,
Hari itu lah yang kutunggu,
bagi melaksanakan kewajipan hidupku,
bagi mendekatkan diriku lebih lagi padaMU.

Moga jalan yang bakal ku tempuh nanti,
sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Mu.
Tiada aku tanpaMU.

Wallahua'lam.