AHLAN WA SAHLAN!

Selamat Datang ke blog Seritasnim...;)
Pengisian dalam sebuah perjalanan hidup..
Pengembaraan yang panjang untuk mengenal erti sebuah kehidupan. InshaaAllah, saya juga seorang pengedar sah SHAKLEE. Anda boleh dapatkan dari saya produku-produknya yang terbaik dari saya. Pos seluruh Malaysia, COD Mukah,Sarawak dan Kuantan, Pahang.

Showing posts with label SK Sg Bayan. Show all posts
Showing posts with label SK Sg Bayan. Show all posts

Saturday, May 14, 2011

Sambungan..

Seri nak sambung cerita kelmarin..

Selepas mendaftar diri di MRSM, Mukah, selama seminggu murid berorientasi. Alhamdulillah, tiada masalah kedengaran dari pihak keluarga bekas murid ku itu. Selepas itu cuti sekolah seminggu di bulan 3, Dia balik kampung seperti biasa. Seri pun balik kampung menguruskan hal-hal peribadi. Naik sahaja cuti pertengahan penggal 1 itu, hari Isnin, berita tergempar Seri dapat.. Brolen lari lagi! Adus, ingatkan dah dapat sesuaikan diri di sana, rupanya tidak. Kata ibunya, dia telah menghantar anaknya itu ke asrama pada pagi tiu, petang nya, Brolen telah balik ke Bayan. huh.. terkejut keluarganya, terus bawa anaknya untuk ke asrama semula. Warden telah di beritahu akan hal ini. disebabkan itupintu di bangunan asrama di kunci pada waktu malam. Banyak juga usaha yang di lakukan oleh pihak MRSM termasuklah menempatkan Brolen sebilik dengan rakan yang di kenalinya. Namun, pada hari seterusnya, pada pukul 2~3 pagi, Brolen lari lagi dari asrama. Dia telah pergi ke pasar dan menanti ibunya di situ. Jiran ibunya telah menelifon ibunya dan memberi tahu tentang hal itu lebih kurang jam 6pg. Kata ibunya, dia terus berkejar ke pasar pagi2 itu bersama suaminya. Mengambil kembali Brolen dan menghantar ke asrama. Yang pelik nya, Pak Guard pun tak nampak di mana dia keluar dari sekolahnya itu. Berita ini sampai ke telinga pengetua, dan ibu bapanya di minta untuk berjumpa pengetua pada jam 8 pg. Ibu bapanya hanya menanti di pasar sehingga jam tersebut. Tidak sempat mandi dan buat apa2. Kesian padanya.

Semua itu diceritakan oleh ibunya pada Seri di kuarters sekolah. Ibunya datang meluahkan rasa dan kami hanya mampu menyuruhnya sabar. Ada juga ibunya membawa anak nye jumpa bomoh, tapi sume tu tak berjaya memulihkan semangat Brolen untuk tinggal di asrama.
Setelah berjumpa dengan pengetua, akhirnya, Brolen di beri pelepasan untuk pulang ke rumah setiap minggu selama dua bulan. Kami fikir semua kan baik2 sahaja, tetapi tidak. Makin dia pulang kerumah, makin dia ingat akan ibunya. huhu..Seri tak pernah dengar kes macam ni selama ini. Sebab tu Seri ceritakan di sini. Setelah dibenarkan begitu, ingatkan segalanya bergerak lancar.. tetapi tidak juga. Setelah ibunya hantar Brolen ke asrama petang Ahad, esoknya Seri mendapat panggilan dari ibunya mengatakan Brolen lari lagi! Dia ada di pasar. Pada waktu itu, Seri dan rakan-rakan dalam perjalanan ke sekolah. Jam 6.15 pagi. Kebetulan Seri menggunakan jalan berhampiran pasar. Seri terus ke pasar. Alhamdulillah, kami jumpa Brolen di situ. Mukanya kebimbangan menanti ibunya. Berdiri di dinding pasar. Nasib baik dia tak lari bila nampak kami. Lega. Kami pujuk dia untuk balik MRSM. Terus dia menangis kuat bila sebut nak hantar balik MRSM. Kesian tengok dia. Warden pun tak tahu yang dia hilang. Sampai je kami di MRSM kami berhenti di pondok jaga. Sama2 menunggu kehadiran warden dan ibunya. adus, warden ni lambat pulak nak keluar. huhuhu..Sementara menanti, kami bagi kata semnagt pada Brolen..tapi bila sebut je suruh tinggall asrama..menangis lagi dia.. huhu.. Dalam masa itu, Seri balik rumah sekejap, pergi ambil air Yaasiin. Rumah dekat je ngan MRSM. Seri suruh dia basuh muka dengan iar tu dan buat minum. Tak pasti lah dia ikut atau tidak.

Di sekolah Seri, peperiksaan akan dijalankan pada hari itu. Kertas soalan pun semua ada pada Seri. jam dah dekat pukul 7. Kami pun memberitahu pihak sekolah, kami akan tiba lewat sedikit kerana menguruskan hal Brolen ni. Pihak sekolah faham.

Akhirnya warden sampai, dan meminta Brolen untuk mandi dahulu dan baru berjumpa dengan ibunya. Sesudah dia sampai di asrama, barulah ibunya sampai. Ibunya menunggu nya siap.
Selepas tu Seri tak tahulah apa yang berlaku. Seri dan rakan terus ke sekolah. Jam lebih kurang 7.05 pg. Seri terus memecut ke sekolah. Sampai dalam jam 7.35.. laju jugak Seri pandu. Alhamdulilah selamat sampai.

Setelah beberapa hari, ibunya datang ke rumah Seri, dan ceritakan apa yang berlaku seterusnya. Ibunya telah berjumpa dengan dukun dan meminta air penawar untuk anak nya. Alhamdulillah, selepas dari itu, Brolen sudah baik2 sahaja. Pasal air Yaasiin yang diberikan tu, rupanya dia minum juga. kata ibunya, dia membersihkan bilik anaknya itu dan mahu membuang botol air tersebut tapi anaknya bagitahu, air tu diberi oleh cikgu, lalu diminumnya habis.

Walaupun Brolen bukan Islam, Seri tetap percaya air itu boleh membantu. Dan kalau tak silap Seri, ibunya pun berjumpa dengan dukun Islam di kawasan Balingian sana. Segalanya dari batuan Allah jua. Islam is the way of life!! Semoga kelak Allah bukakan pintu hidayah buat Brolen dan keluarga nya. Amiin.

p/s: semalam, Seri berjumpa dengan Brolen. Alhamdulillah, dia baik-baik sahaja dan makin berisi. Sihat walfiat dan telah terukir senyum dan tawa di bibirnya. :)

Wednesday, May 11, 2011

Seawal 4 bulan pertama dalam tahun 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Bertemu lagi kita pada hari ini.. Ketika ini, Seri sedang berada di bilik guru di sekolah tempat Seri berkhidmat. Cuaca di sini amat panas lebih-lebih lagi di kuarters Seri. Kuarters Seri betul-etul mengadap ke arah matahari turun dii sebelang petang. Bahang panasanya amat terasa sekitar waktu tengahari hingga ke waktu asar. Hari ini, Seri telah 'membawa diri' ke bangunan sekolah, kerana di sini agak sejuk sedikit berbanding di rumah. Dan Seri mengambil peluang ini untuk meng'up date' blog Seri. Opss..ketika ini Seri sedang mendengar lagu "Kau yang bernama Seri" nyanyian Awie.. hehe..

Baiklah, di sini Seri ingin menceritakan peristiwa yang berlaku pada Seri dan rakan-rakan Seri di sini. Buat pengetahuan semua, pada tahun lepas, Seri telah menjadi guru kelas murid tahun 6 dan juga guru matapelajaran Sains kepada mereka. Alhamdulillah, 3 antara mereka telah terpilih untuk memasuki Sekolah Rancangan Khas di sekitar Mukah ini. Sekolah Rancangan Khas biasanya sekolah terbaik di antara sekolah-sekolah lain. Bukan calang-calang orang yang terpilih ke sekolah tersebut. Seri amat gembira kerana murid di kawasan pedalaman juga boleh menjejakkan kaki di sekolah terbaik. Walaupun begitu, hanya 2 orang sahaja yang pergi ke sekolah tersebut, iaitu SMK Three Rivers, Mukah. Mereka berdua ini telah mendapat keputusan 4A1B dalam UPSR yang lepas. Sekolah kami juga antara sekolah pedalaman yang terbaik dalam daerah Mukah. Seorang lagi tidak melapor di SMK Oya kerana masalah pengangkutan keluarganya. Dia lebih selesa untuk belajar di SMK Mukah sahaja.

Seri sudah berasa gembira dengan anak murid Seri yang 2 orang itu, nama mereka, Cheines dan Brolen. Antara mereka berdua, hanya Brolen yang layak untuk memohon MRSM kerana keputusan Matematik dan Sains nya mendapat A. Untuk Cheines pula, saya telah membantu beliau membuat surat permohonan rayuan untuk memasuki MRSM. Sebelum medapat keputusan kemasukan ke MRSM 2011, mereka berdua belajar dengan baik di SMK Three Rivers. Selang 2 minggu persekolah di buka, kedengaran berita 'Brolen lari dari sekolah'. Parah!! Terkejut Seri mendengarnya.. pelajar terbaik di sekolah SK Sg Bayan pada suatu ketika dulu telah membuat satu tindakan yang tidak sepatutnya di buat. hmm Seri dan rakan-rakan guru risau akan keadaan ini. Selepas di selidiki, rupanya beliau takut dan tak betah tinggal di asrama sekolah. kami naik pelik, sedangkan di SK Sg Bayan dulu, beliau pun tinggal di asrama. Takkan masih tak boleh untuk tinggal di sana. Malah, setiap hujung minggu beliau dibenarkan pulang ke rumah. Rumahnya berhampiran SK Sg Bayan lebih kurang 45minit ke bandar dan ke SMK Threee Rivers. Bukan sekali, tapi berkali2 beliau lari dari asrama sekolah itu, dan sanggup balik ke rumah panjang dengan menumpang orang. Mujurlah orang itu dikenalinya. Akhirnya, ibunya terpaksa untuk menghantar dirinya setiap hari ke sekolah dan mengambilnya pulang di waktu petang. AH.. sungguh kasihan pada ibu dan bapanya. Disebabkan terpaksa menghantar dan mengambilnya, ibu bapanya tidak dapat kerja di ladang dan kebun.

Setelah keputusan permohonan MRSM keluar, alahamdulillah, Brolen berjaya untuk memasuki MRSM Mukah. Seri telah membantu keluarga Brolen untuk mengisi borang permohonan MRSM. Seri langsung tidak yakin yang dia akan boleh untuk belajar di MRSM jika dia sendiri tidak boleh tinggal di asrama. Berikutan itu, Seri dan rakan Seri berjumpa dengan Brolen dan ibunya di rumah panjang untuk urusan pengisian borang MRSM itu. Kami sama-sama memberi kata semangat padanya dan cuba mencari sebab kenapa beliau lari dari sekolah. 'RINDU'. Teringat pada ibu nya. erm..itulah sebenarnya masalah dirinya... seorang budak yang tidak biasa terpisah dengan ibu bapa dan keluarga, telah sanggup membuat tindakan lari dari sekolah. Nekad nya dia. Tapi, Seri dan rakan Seri tetap memujinya kerana beliau masih mahu ke sekolah untuk belajar.. cuma masalahnya sekarang beliau tidak mahu untuk tinggal di asrama.

Dua minggu sebelum cuti sekolah pada bulan 3, kami berdua telah memujuk nya untuk tinggal di asrama selama seminggu di SMK Three Rivers. Selepas itu, beliau akan mendaftarkan diri ke MRSM. Beliau hanya tahan selama semalaman sahaja. Hari berikutnya, beliau lari pulang lagi. Satu sekolah sudah tahu tentang kisahnya,. malu sudah ibu bapanya kerna dirinya. Namun ibu bapanya tidak putus asa. Ibunya ada juga datang di kuarters Seri dan mengadu tentang anaknya itu. Apa yang mampu Seri katakan padanya adalah 'Sabar' sahaja. Mungkin dia akan berubah setelah masuk MRSM nanti.

Nak tahu apa yang berlaku padanya selepas mendaftar diri di MRSM, Mukah?? Nanti Seri sambung lagi.. Seri kena balik rumah dulu sekarang. k. wassalam.

Sunday, March 27, 2011

Pertandingan Bola Jaring Antara Zon Mukah

Wakil Sekolah SK Sg Bayan

24hb Mac 2011
Seri telah menghantar murid ke SK Parish, Balingian untuk menyertai pertandingan Bola Jaring bawah 12 tahun antara zon Mukah. Seramai 10 buah sekolah yang menyertai pertandingan ini. pertandingan di bahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan A dan B. Pada awal cabutan, Bayan mendapat kumpulan B4, tetapi undian telah di buat semula atas permintaan beberapa wakil jurulatih. Undian kedua, Bayan mendapat kumpulan A1. Dalam setiap kumpulan, setiap sekolah perlu bertanding sebanyak 4 kali. Sekolah Bayan telah memenangi 3 daripada 4 petandingan itu. Dan berjaya masuk ke separuh akhir. SK Bayan telah tewas apabila melawan SK St Patrick, Mukah. Sekolah bandar yang mempunyai ramai murid. Mungkin, sekiranya wakil dari Bayan ini membuat persediaan yang lebih lagi, kami mungkin akan memenangi pertandingan ini.
Walaupun begitu, seramai 2 orang murid dari SK Sg Bayan ini, dapat mewakili daerah Mukah. Adik Rosina dan adik Eliesther. Syukur Alhamdulillah. Seri harap mereka dapat buat yang terbaik nanti. Seri kene melatih mereka di sekolah sediri dahulu pada minggu ini. Pertandingan peringkat daerah adalah pada 7hb April. Sudah tak lama lagi.
Ok lah.. Seri berhenti setakat ni dahulu. k. wassalam.

Friday, November 19, 2010

Keputusan UPSR 2010_11.11.2010


Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi atas segala limpah kurnianya pada setiap makhluk di muka bumi ini. Apa khabar rakan-rakan sekalian? Harap anda sihat-sihat sahaja hendaknya dan sentiasa dilimpah rahmat oleh-Nya.

11.11.2010..tarikh keputusan peperiksaan UPSR.. ketika ini.. diri Sri sedang berkursus di PPD. Jam menunjukkan pukul sepuluh pagi..ramai rakan-rakan guru sedang sibuk bertanya tentang keputusan UPSR sekolah masing-masing. Namun diri sri masih lagi belum mengetahuinya..rakan-rakan guru Sri pun begitu..Pukul 12tghr Sri mengambil peluang untuk melihat sendiri keputusan UPSR sekolah di bahagian Unit Peperiksaan PPD. Alhamdulillah.. target sekolah lulus 50% tercapai. Dan setinggi-tinggiucapan syukur Sri pada Allah..matapelajaran Sains=100% lulus..satu-satunya subjek yang lulus penuh oleh murid sekolah ku. Alhamdulillah.. Syukur tak terkata.. segala usaha penat lelah ku dan doa ku terbalas juga.. Tahniah ku ucapkan kepada semua anak muridku.. kerana usaha mereka jugalah, mereka berjaya..

Kini aku meniti hari-hari terakhir persekolahan sesi ini.. bagaimana pula yang akan datang.. semoga kejayaan dan kegembiraan milikku selamanya... :) Insya Allah..

Saturday, February 6, 2010

:).....

SK Sg Bayan...pada hari mendung..suram je tengok..huhu mcm seram pun ada...hihihi..
Hujung belakang tu rumah panjang yang diberi nama 'Rumah Malang'
gambar di ambil dari depan dewan makan sekolah...

Assalamualaikum...
hmmm dah lama saya tak update blog nie...
nak cerita pasal ape ye?? hmmm
Tahun ni saya sekali lagi ditugaskan tuk mengajar murid tahun 6, matapelajaran Sains.. dan sekali lagi memegang tanggngjawab sebagai guru kelas Tahun 6 Rajin.. semoga mereka benar2 rajin... Tahun ni, murid tahun 6 SK Sg Bayan ni ada 8 orang murid sahaja... walaupun 8 orang je..mcm2 kerenah diorang...awal tahun baru ni memang meletihkan, sebabnye melayan kerenah mereka yang pelik2 tu...sekarang alhamdulillah diorang dah berubah sikap sikit2...
ermm... nanti saya update lagi la ye...

Saturday, January 2, 2010

Majlis Anugarah Kecemerlangan Pelajar, SK SG Bayan


Tarian Ngajat oleh murid SK Sg Bayan..

Pemberian sijil berhenti sekolah kepada murid Tahun 6

Suasana Majlis.. eh.. jurukamera pun ada gak! :)

Barisan murid-murid SK Sg Bayan..2009
4 guru wanita single di Bayan..

Kenangan tahun lalu...
Kini tahun baru..buka buku baru lak...






Thursday, December 31, 2009