AHLAN WA SAHLAN!

Selamat Datang ke blog Seritasnim...;)
Pengisian dalam sebuah perjalanan hidup..
Pengembaraan yang panjang untuk mengenal erti sebuah kehidupan. InshaaAllah, saya juga seorang pengedar sah SHAKLEE. Anda boleh dapatkan dari saya produku-produknya yang terbaik dari saya. Pos seluruh Malaysia, COD Mukah,Sarawak dan Kuantan, Pahang.

Thursday, December 29, 2011

Cuti Rehat

...............Berehat dalam tempoh tertentu............
Semoga bahagia selalu semua sahabat2 dan rakan2 ku..:)

Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan..

Syukur Alhamdulillah di atas segala nikmat yang diberikan kepada ku. Alhamdulillah, kerana memberiku peluang sekali lagi untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini. :)

Syukur Alhamdulillah, Engkau berikan kebaikan buat keluargaku. Ku harap Engkau melimpahkan Rahmat dan Mawaddah dalam keluargaku. Semoga kegembiraan permata hatiku kekal hingga akhir hayat beliau.

Ya Allah, tika ini, ku teringatkan sahabat ku. Engkau berikan dirinya Ujian yang Hebat. Sehebat Iman nya. Kehilangan pemata hati nya yang ditunggu-tunggu. Kelahirannya di usia pra-matangnya. Kehidupan nya hanya 51 hari. Ya Allah, kurniakanlah beliau kesabaran yang tinggi, kerana dengan kesabaran itu, dirinya akan mendapat iman yang lebih tinggi dan dekat dia di sisiMu.

Ya Allah, bantulah juga diriku menjadi yang terbaik di sisiMu. Tingkatkanlah Iman di jiwaku, bantulah diriku untuk meningkatkan ibadatku, bermula Ramadhan ini dan sehingga akhir hayatku ini. Semoga bulan yang penuh Maghfirah ini menjadi bulan tarbiyyah terbaik untukku. Ameen.


Tuesday, July 19, 2011

Selasa, 12 July 2011

Berita yang menggemparkan!!!

ARAHAN PERTUKARAN.
'ANDA DI TUKARKAN DARI SK SG BAYAN KE SK DUA SUNGAI.
BERKUATKUASA PADA 16 JULY 2011'
~ ATAS ALASAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN!

Subhanallah, terkejut sungguh diri ini apabila menerima surat yang tak ingin ku terima.. iaitu ditukarkan ke sekolah lain dalam daerah yang sama. Kan bagus kalau surat itu di suruh ku berpindah antara negeri, ke semenanjung ke.. sudah tentu aku melonjak kegembiraan. Aku nekad tidak mahu berpindah tempat mengajar. Cepat-cepat ku beritahu Guru Besar dan PK1. Mereka berdua berada di Dewan Suarah, sedang mengikuti seminar Integriti. Terkejut Guru Besar dn PK1, bagaimana boleh namaku yang tersenarai.. sedangkan aku mengajar murid tahun 6, yang akan menduduki UPSR pada tahun ini. Dan masih banyak lagi perkara yang ingin ku lakukan di sekolah sebelum habis hujung tahun ini. Dengan bantuan Guru Besar dan kerani, segera ku buat surat rayuan untuk mengekalkan diriku di sekolah ini. Petang itu juga ku mengambil tandatangan GB untuk mengesahkan semua surat ku itu.. namun aku tidak dapat berjumpa dengan pegawai bahagian sekolah di PPD. Lantas ku membuat keputusan untuk berjumpa dengan nya pada pagi esok. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan oleh Allah. GB menyokong ku untuk tidak berpindah. Begitu juga dengan PK1. Mereka ada berjumpa dengan pegawai berkenaan untuk menerima rayuan ku, iaitu kekal di SK Sg Bayan, sehingga akhir tahun. Berkat doa ku, ibu dan suamiku, alhamdulillah, aku tidak ditukarkan ke sekolah itu. Tak sabar untuk ku menunggu surat rasmi dari pejabat esok. Mungkin akan sampai ke sekolah ku pada hari Khamis ni. Syukur alhamdulillah, sujud syukurku padaMu Ya Rabb.


Sakit..

Kesan suntikan di bahuku 2 hari lepas masih terasa sakitnya sehingga hari ini. Suntikan itu diberikan akibat kakiku di sengat oleh seekor penyengat yang datang tiba-tiba menyerang kakiku. Diriku ketika itu ingin menjemur pakaian di luar rumah dan kakiku pantas memijak lalang-lalang yang tinggi.. Tanpa kusedari, kakiku di hinggapi serangga.. Adus.. pedih rasa bisanya.. teringat lagi akan rasa bisanya itu naik hingga ke atas kakiku.. Tapi ku tidak segera ke hospital.. terus ku sapukan minyak 'but-but' pada kakiku.. sempat lagi ku menghabiskan jemuran bajuku.. sakit kaki ku hanya ku tahan sahaja.. Selepas menjemur pakaian.. kuteruskan aktiviti rutin di pagi Ahad itu.. ke pasar membeli lauk untuk seminggu.. Hampir 2 jam.. kakiku mula membengkak besar.. balik sahaja di rumah.. ku telefon ibuku.. Segera ibuku menyuruhku ke klinik.. bahaya katanya.. perlu untukku dapatkan suntikan segera bagi menghalang racun itu mengganggu sistem imun dalam tubuh badan.. Diriku meminta tolong rakan serumahku untuk hantar ke klinik.. Malangnya, kesemua klinik swasta tutup pada hari Ahad.. ah.. tidak patut begitu.. bagaimanalah nasib orang lain yang lebih teruk sakitnya dari diriku ketika ini memerlukan bantuan.. hendak ke mana?? hmm.. fikirku lagi dalam kesakitan.. 'Baik kita pergi ke hospital bahagian Emergency'.. kataku pada rakan. Terus dibawanya.. Masuk sahaja di dalam bilik itu, terus ku beritahu akan masalahku.. Aku diberi suntikan dan ubat sapu.. Katanya ubat yang disuntik itu mengantuk sikit..Balik sahaja.. terus ku berehat dan tido..

Hmm.. Esoknya ku pergi ke Hospital Mukah untuk mendapatkan ubat bengkak dan MC sekali.. Manakan dapat ku mengajar ketika kakiku sakit begini.. jalan pun dah terhencot menahan sakit.. Nasib baik kena pada kaki kiri..jika kaki kanan, tidak dapatlah aku memandu kereta ku itu. Nasib baik juga kereta auto.. hihi.. Hampir dua jam lebih menunggu giliran bertemu doktor di hospital ini.. lamanya.. namun, penantianku tidak sia-sia.. dapat MC 2 hari. Memang kaki ku bengkak..hampir 3hari, baru mahu sembuh. Esok, boleh aku meneruskan tugasku.. di SK Sg Bayan ini..sekali lagi.. :)

Bila kufikir-fikir, mungkin ini kafarah terhadap dosaku yang tanpa kusedari, mungkin!

Thursday, June 30, 2011

Duhai Hati..


Bila hati mula berbicara...
Hatiku mula berpuisi..
Namun tak bisa diluahkan...
Tersemat hanya didalam hati..
Berharap sesuatu yang indah..
Dengan hati mengingati Mu..
Semoga yang di impi menjadi realiti.

Tuesday, June 21, 2011

4 Jun 2011~2 Rejab 1432H



Tarikh keramat ini telah mengubah status hidupku. Selesai sahaja ucapan ijab dan kabul lebih kurang jam 9.30 pagi itu, maka diriku kini bergelar isteri orang. Isteri kepada seorang lelaki yang begitu sabar menanti jodohnya. yup, dia yang terbaik buatku. Yakin ku pada janji Ilahi, memberikan jodoh yang sesuai buat hambaNya. Majlis ini berlangsung agak pantas, tarikh yang menjadi pilihan begitu ramai pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga. Di kawasan sekitar rumah ku sendiri, terdapat 3 majlis di hari yang sama. Salah satunya, hanya selang 5 buah pintu dari rumahku. Suasana pada hari itu agak tenang dengan kehadiran para tetamu secara beransur-ansur dari jam 12.00 tghr hinggalah jam 4 petang. Ada juga sahabat ku (kak Akmal sekeluarga) datang pada jam 5~6 ptg. Lega, kerana dapat bertemunya kerana kehadirannya usai sahaja sesi gambar 'outdoor' ku di luar. Sahabat satu sekolah menengah dan rendah dengan ku juga turut hadir. Rozita, Ayuni, Fatin Shakira, Hidayat.. Rakan kpli ku, Kak Emi dan kak Ayu juga turut hadir. Tak lupa juga pada sahabat sefikrahku, kak Farah dan akhi Naim. Juga kepada Azman (wiseowl) yang sudi hadir dari jauh. Hampir terlupa, kakak angkatku.. kak Maznah :) juga hadir memeriahkan majlisku. Rasa sungguh gembira kerana 2hari terakhir sebelum majlisku, aku sempat menjemoutnya di Kampung Peramu, Ktn. Kakak yang ku kenal ketika pergi kelas tuisyen Form 3 dulu. Ah..sudah lama hubungan ini terjalin. Beliau juga masih mengingatiku.. yup, dulu, majlis kahwinnya juga turut ku hadir. Kini, beliau sudah beranak 3. :)

Tidak lupa juga buat sahabat ku yang mengerjakan umrah ketika majlisku berlangsung, Cgu Fahmi, terima kasih di atas doamu di sana. Semoga Allah merahmati mu jua.


Sunday, May 15, 2011

Doaku..

Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah,
Jika hari ini yang terakhir buatku,
ampunkanlah segala dosa-dosaku,
Jika hari ini yang terakhir buatku,
ampunkanlah dosa-dosa kedua ibubapa ku,
dosa bakal suamiku, dosa guru-guruku, sahabat-sahabatku, adik beradikku,
muslimin muslimat, samaada masih hidup atau yang telah pergi.
Ampunkanlah dosa kami sama ada kami sengaja lakukan ataupun tidak.
Ampunkanlah Ya Allah.

Ya Allah,
Rahmatilah kehidupan ku, Rahmatilah kehidupan kedua ibubapa ku,
Berkatilah hidup kami dan berikanlah kesejahteraan kepada kami di dunia dan akhirat.

Ya Allah,
Murahkanlah rezeki ku, kurniakanlah kesihatan yang baik buat diriku,
Berkatilah setiap ilmu yang Engkau berikan padaku,
Bersihkanlah jiwa ku,
Sucikanlah hati ku,
Lancarkanlah lidahku dengan zikir-zikir memujiMu.
Ya Allah, janganlah Engkau uji aku dengan perkara yang tidak sanggup aku hadapi,
Ya Allah, janganlah juga Engkau pesongkan hatiku setelah Engkau memberi hidayah padaku.
Kuatkanlah dan tingkatkanlah imanku.
Sesungguhnya, Engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, sekiranya Engkau mengizinkan ku membina sebuah mahligai indah di bumi ini,
bahagiakanlah kami, Kurniakanlah kami zuriat yang baik dan sempurna,
Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Kurniakanlah kebaikan buat diri kami di dunia dan di akhirat.
Amiin Ya Rabb.

Saturday, May 14, 2011

2011..

Bagi Seri, seawal tahun ini amat menyibukkan. Banyak tugas yang Seri buat tak kira lah tugas di sekolah, di luar sekolah pun banyak. Semua masa terisi dengan pelbagai aktiviti. Walaupun cuti sekolah, tetap banyak perkara yang Seri uruskan. Dan tahun ni akan mengubah hidup Seri. Daripada sendiri akan berdua. huhu.. Seri akan menamatkan zaman bujang Seri pada pertengahan tahun ni. Sebab itu Seri amat sibuk, kerana menguruskan hal-hal majlis dan sebagainya.

Sekarang Seri ada masa 20 hari lagi sebelum bergelar seorang isteri. Banyak lagi persiapan yang perlu Seri buat.

Buku 'Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam' oleh Muhammad Ali Qutb menjadi panduan buat Seri untuk menjadi seorang suri. Doakan Seri dapat menjadi seorang suri yang baik di sisi suami Seri kelak. Dan yang terbaik di sisi Allah juga.

Sambungan..

Seri nak sambung cerita kelmarin..

Selepas mendaftar diri di MRSM, Mukah, selama seminggu murid berorientasi. Alhamdulillah, tiada masalah kedengaran dari pihak keluarga bekas murid ku itu. Selepas itu cuti sekolah seminggu di bulan 3, Dia balik kampung seperti biasa. Seri pun balik kampung menguruskan hal-hal peribadi. Naik sahaja cuti pertengahan penggal 1 itu, hari Isnin, berita tergempar Seri dapat.. Brolen lari lagi! Adus, ingatkan dah dapat sesuaikan diri di sana, rupanya tidak. Kata ibunya, dia telah menghantar anaknya itu ke asrama pada pagi tiu, petang nya, Brolen telah balik ke Bayan. huh.. terkejut keluarganya, terus bawa anaknya untuk ke asrama semula. Warden telah di beritahu akan hal ini. disebabkan itupintu di bangunan asrama di kunci pada waktu malam. Banyak juga usaha yang di lakukan oleh pihak MRSM termasuklah menempatkan Brolen sebilik dengan rakan yang di kenalinya. Namun, pada hari seterusnya, pada pukul 2~3 pagi, Brolen lari lagi dari asrama. Dia telah pergi ke pasar dan menanti ibunya di situ. Jiran ibunya telah menelifon ibunya dan memberi tahu tentang hal itu lebih kurang jam 6pg. Kata ibunya, dia terus berkejar ke pasar pagi2 itu bersama suaminya. Mengambil kembali Brolen dan menghantar ke asrama. Yang pelik nya, Pak Guard pun tak nampak di mana dia keluar dari sekolahnya itu. Berita ini sampai ke telinga pengetua, dan ibu bapanya di minta untuk berjumpa pengetua pada jam 8 pg. Ibu bapanya hanya menanti di pasar sehingga jam tersebut. Tidak sempat mandi dan buat apa2. Kesian padanya.

Semua itu diceritakan oleh ibunya pada Seri di kuarters sekolah. Ibunya datang meluahkan rasa dan kami hanya mampu menyuruhnya sabar. Ada juga ibunya membawa anak nye jumpa bomoh, tapi sume tu tak berjaya memulihkan semangat Brolen untuk tinggal di asrama.
Setelah berjumpa dengan pengetua, akhirnya, Brolen di beri pelepasan untuk pulang ke rumah setiap minggu selama dua bulan. Kami fikir semua kan baik2 sahaja, tetapi tidak. Makin dia pulang kerumah, makin dia ingat akan ibunya. huhu..Seri tak pernah dengar kes macam ni selama ini. Sebab tu Seri ceritakan di sini. Setelah dibenarkan begitu, ingatkan segalanya bergerak lancar.. tetapi tidak juga. Setelah ibunya hantar Brolen ke asrama petang Ahad, esoknya Seri mendapat panggilan dari ibunya mengatakan Brolen lari lagi! Dia ada di pasar. Pada waktu itu, Seri dan rakan-rakan dalam perjalanan ke sekolah. Jam 6.15 pagi. Kebetulan Seri menggunakan jalan berhampiran pasar. Seri terus ke pasar. Alhamdulillah, kami jumpa Brolen di situ. Mukanya kebimbangan menanti ibunya. Berdiri di dinding pasar. Nasib baik dia tak lari bila nampak kami. Lega. Kami pujuk dia untuk balik MRSM. Terus dia menangis kuat bila sebut nak hantar balik MRSM. Kesian tengok dia. Warden pun tak tahu yang dia hilang. Sampai je kami di MRSM kami berhenti di pondok jaga. Sama2 menunggu kehadiran warden dan ibunya. adus, warden ni lambat pulak nak keluar. huhuhu..Sementara menanti, kami bagi kata semnagt pada Brolen..tapi bila sebut je suruh tinggall asrama..menangis lagi dia.. huhu.. Dalam masa itu, Seri balik rumah sekejap, pergi ambil air Yaasiin. Rumah dekat je ngan MRSM. Seri suruh dia basuh muka dengan iar tu dan buat minum. Tak pasti lah dia ikut atau tidak.

Di sekolah Seri, peperiksaan akan dijalankan pada hari itu. Kertas soalan pun semua ada pada Seri. jam dah dekat pukul 7. Kami pun memberitahu pihak sekolah, kami akan tiba lewat sedikit kerana menguruskan hal Brolen ni. Pihak sekolah faham.

Akhirnya warden sampai, dan meminta Brolen untuk mandi dahulu dan baru berjumpa dengan ibunya. Sesudah dia sampai di asrama, barulah ibunya sampai. Ibunya menunggu nya siap.
Selepas tu Seri tak tahulah apa yang berlaku. Seri dan rakan terus ke sekolah. Jam lebih kurang 7.05 pg. Seri terus memecut ke sekolah. Sampai dalam jam 7.35.. laju jugak Seri pandu. Alhamdulilah selamat sampai.

Setelah beberapa hari, ibunya datang ke rumah Seri, dan ceritakan apa yang berlaku seterusnya. Ibunya telah berjumpa dengan dukun dan meminta air penawar untuk anak nya. Alhamdulillah, selepas dari itu, Brolen sudah baik2 sahaja. Pasal air Yaasiin yang diberikan tu, rupanya dia minum juga. kata ibunya, dia membersihkan bilik anaknya itu dan mahu membuang botol air tersebut tapi anaknya bagitahu, air tu diberi oleh cikgu, lalu diminumnya habis.

Walaupun Brolen bukan Islam, Seri tetap percaya air itu boleh membantu. Dan kalau tak silap Seri, ibunya pun berjumpa dengan dukun Islam di kawasan Balingian sana. Segalanya dari batuan Allah jua. Islam is the way of life!! Semoga kelak Allah bukakan pintu hidayah buat Brolen dan keluarga nya. Amiin.

p/s: semalam, Seri berjumpa dengan Brolen. Alhamdulillah, dia baik-baik sahaja dan makin berisi. Sihat walfiat dan telah terukir senyum dan tawa di bibirnya. :)

Wednesday, May 11, 2011

Seawal 4 bulan pertama dalam tahun 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Bertemu lagi kita pada hari ini.. Ketika ini, Seri sedang berada di bilik guru di sekolah tempat Seri berkhidmat. Cuaca di sini amat panas lebih-lebih lagi di kuarters Seri. Kuarters Seri betul-etul mengadap ke arah matahari turun dii sebelang petang. Bahang panasanya amat terasa sekitar waktu tengahari hingga ke waktu asar. Hari ini, Seri telah 'membawa diri' ke bangunan sekolah, kerana di sini agak sejuk sedikit berbanding di rumah. Dan Seri mengambil peluang ini untuk meng'up date' blog Seri. Opss..ketika ini Seri sedang mendengar lagu "Kau yang bernama Seri" nyanyian Awie.. hehe..

Baiklah, di sini Seri ingin menceritakan peristiwa yang berlaku pada Seri dan rakan-rakan Seri di sini. Buat pengetahuan semua, pada tahun lepas, Seri telah menjadi guru kelas murid tahun 6 dan juga guru matapelajaran Sains kepada mereka. Alhamdulillah, 3 antara mereka telah terpilih untuk memasuki Sekolah Rancangan Khas di sekitar Mukah ini. Sekolah Rancangan Khas biasanya sekolah terbaik di antara sekolah-sekolah lain. Bukan calang-calang orang yang terpilih ke sekolah tersebut. Seri amat gembira kerana murid di kawasan pedalaman juga boleh menjejakkan kaki di sekolah terbaik. Walaupun begitu, hanya 2 orang sahaja yang pergi ke sekolah tersebut, iaitu SMK Three Rivers, Mukah. Mereka berdua ini telah mendapat keputusan 4A1B dalam UPSR yang lepas. Sekolah kami juga antara sekolah pedalaman yang terbaik dalam daerah Mukah. Seorang lagi tidak melapor di SMK Oya kerana masalah pengangkutan keluarganya. Dia lebih selesa untuk belajar di SMK Mukah sahaja.

Seri sudah berasa gembira dengan anak murid Seri yang 2 orang itu, nama mereka, Cheines dan Brolen. Antara mereka berdua, hanya Brolen yang layak untuk memohon MRSM kerana keputusan Matematik dan Sains nya mendapat A. Untuk Cheines pula, saya telah membantu beliau membuat surat permohonan rayuan untuk memasuki MRSM. Sebelum medapat keputusan kemasukan ke MRSM 2011, mereka berdua belajar dengan baik di SMK Three Rivers. Selang 2 minggu persekolah di buka, kedengaran berita 'Brolen lari dari sekolah'. Parah!! Terkejut Seri mendengarnya.. pelajar terbaik di sekolah SK Sg Bayan pada suatu ketika dulu telah membuat satu tindakan yang tidak sepatutnya di buat. hmm Seri dan rakan-rakan guru risau akan keadaan ini. Selepas di selidiki, rupanya beliau takut dan tak betah tinggal di asrama sekolah. kami naik pelik, sedangkan di SK Sg Bayan dulu, beliau pun tinggal di asrama. Takkan masih tak boleh untuk tinggal di sana. Malah, setiap hujung minggu beliau dibenarkan pulang ke rumah. Rumahnya berhampiran SK Sg Bayan lebih kurang 45minit ke bandar dan ke SMK Threee Rivers. Bukan sekali, tapi berkali2 beliau lari dari asrama sekolah itu, dan sanggup balik ke rumah panjang dengan menumpang orang. Mujurlah orang itu dikenalinya. Akhirnya, ibunya terpaksa untuk menghantar dirinya setiap hari ke sekolah dan mengambilnya pulang di waktu petang. AH.. sungguh kasihan pada ibu dan bapanya. Disebabkan terpaksa menghantar dan mengambilnya, ibu bapanya tidak dapat kerja di ladang dan kebun.

Setelah keputusan permohonan MRSM keluar, alahamdulillah, Brolen berjaya untuk memasuki MRSM Mukah. Seri telah membantu keluarga Brolen untuk mengisi borang permohonan MRSM. Seri langsung tidak yakin yang dia akan boleh untuk belajar di MRSM jika dia sendiri tidak boleh tinggal di asrama. Berikutan itu, Seri dan rakan Seri berjumpa dengan Brolen dan ibunya di rumah panjang untuk urusan pengisian borang MRSM itu. Kami sama-sama memberi kata semangat padanya dan cuba mencari sebab kenapa beliau lari dari sekolah. 'RINDU'. Teringat pada ibu nya. erm..itulah sebenarnya masalah dirinya... seorang budak yang tidak biasa terpisah dengan ibu bapa dan keluarga, telah sanggup membuat tindakan lari dari sekolah. Nekad nya dia. Tapi, Seri dan rakan Seri tetap memujinya kerana beliau masih mahu ke sekolah untuk belajar.. cuma masalahnya sekarang beliau tidak mahu untuk tinggal di asrama.

Dua minggu sebelum cuti sekolah pada bulan 3, kami berdua telah memujuk nya untuk tinggal di asrama selama seminggu di SMK Three Rivers. Selepas itu, beliau akan mendaftarkan diri ke MRSM. Beliau hanya tahan selama semalaman sahaja. Hari berikutnya, beliau lari pulang lagi. Satu sekolah sudah tahu tentang kisahnya,. malu sudah ibu bapanya kerna dirinya. Namun ibu bapanya tidak putus asa. Ibunya ada juga datang di kuarters Seri dan mengadu tentang anaknya itu. Apa yang mampu Seri katakan padanya adalah 'Sabar' sahaja. Mungkin dia akan berubah setelah masuk MRSM nanti.

Nak tahu apa yang berlaku padanya selepas mendaftar diri di MRSM, Mukah?? Nanti Seri sambung lagi.. Seri kena balik rumah dulu sekarang. k. wassalam.

Monday, April 4, 2011

Sunday, March 27, 2011

Pertandingan Bola Jaring Antara Zon Mukah

Wakil Sekolah SK Sg Bayan

24hb Mac 2011
Seri telah menghantar murid ke SK Parish, Balingian untuk menyertai pertandingan Bola Jaring bawah 12 tahun antara zon Mukah. Seramai 10 buah sekolah yang menyertai pertandingan ini. pertandingan di bahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan A dan B. Pada awal cabutan, Bayan mendapat kumpulan B4, tetapi undian telah di buat semula atas permintaan beberapa wakil jurulatih. Undian kedua, Bayan mendapat kumpulan A1. Dalam setiap kumpulan, setiap sekolah perlu bertanding sebanyak 4 kali. Sekolah Bayan telah memenangi 3 daripada 4 petandingan itu. Dan berjaya masuk ke separuh akhir. SK Bayan telah tewas apabila melawan SK St Patrick, Mukah. Sekolah bandar yang mempunyai ramai murid. Mungkin, sekiranya wakil dari Bayan ini membuat persediaan yang lebih lagi, kami mungkin akan memenangi pertandingan ini.
Walaupun begitu, seramai 2 orang murid dari SK Sg Bayan ini, dapat mewakili daerah Mukah. Adik Rosina dan adik Eliesther. Syukur Alhamdulillah. Seri harap mereka dapat buat yang terbaik nanti. Seri kene melatih mereka di sekolah sediri dahulu pada minggu ini. Pertandingan peringkat daerah adalah pada 7hb April. Sudah tak lama lagi.
Ok lah.. Seri berhenti setakat ni dahulu. k. wassalam.

Saturday, February 19, 2011

Di Atas Satu Cinta

Jejak-jejak langkahku bagaikan lembaran waktu
apakah ku masih bisa terus melangkah
serpihan hidupku kan ku bangun di atas satu cinta





Selamat sejahtera semua! Sekarang Seri sedang mengikuti siri drama Surga Untukmu di Astro Oasis. Bagi Seri cerita ni menarik untuk di tonton. Boleh baca kisahnya di http://id.wikipedia.org/wiki/Surga_Untukmu .

Ok..end. :)

Friday, February 11, 2011

Maaf...



Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua!! hehe..mcam cikgu dalam kelas pulak ye.. ^_^
Ketika ini, Seri menulis dalam keadaan mata yang penat.. sakit juga rasanya.. ingin saje Seri melelapkan mata, lena seketika, namun Seri tak dapat untuk menidurkan diri sendiri.. Bermacam perkara yang Seri fikirkan ketika ini..

Pertamanya, Mengapakah masih ada manusia yang sukar untuk meminta maaf? Hmm..sukarkah menyebut perkataan 'MAAF' setelah membuat kesilapan. Tingginya ego manusia ini sehinggakan tidak sanggup memohon maaf.. malah lebih sanggup membuatkan keadaan menjadi tegang dan hampir memutuskan tali silaturrahim..

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”

Astaghfirullah al-aziim.. Sedangkan kita sendiri di tuntut oleh agama untuk menghubungkan tali silaturrahim.. dah berdosa juga bagi seorang muslim itu jika tidak bertegur melebihi 3 hari.. argh.. tidakkah engkau sedar itu wahai manusia!! Sabarlah duhai hati manusia yang sedang dalam perselisihan faham. Sabarlah.. dan fikirlah dengan tenang.. Jika kesilapan di pihak anda, maka mintalah maaf secara ikhlas.. jika di pihak satu lagi, maka bawalah berbincang dengan baik.. kedua-duanya perlu mencari jalan penyelesaian..penyelesaian yang menguntungkan dua belah pihak. Ingatlah, sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah SWT.

Keduanya, Seri memikirkan tentang sahabat-sahabat Seri.. Semoga sahabat-sahabat Seri dalam keadaan tenang, sihat, sejahtera, gembira dan sentiasa dirahmati Allah selalu. Memang sukar menghadapi hidup ini jika kita membuat nya sukar.. dan tenanglah duhai hati yang gundah.. bersama-samalah kembali pada Yang Maha Esa.


*****

Petang tadi Seri pergi ke Pejabat Pelajaran Daerah Mukah. Menghantar borang pendaftaran calon UPSR 2011 buat kali keduanya. Sekolah tempat Seri bertugas telah menerima 2 orang murid baru, Islam kedua-duanya.. adik beradik.. seorang nya berumur 12 tahun.. bakal menduduki UPSR pada tahun ini. Dan seorang lagi berumur 8 tahun, darjah dua. Lega dapat menguruskan hal ini tadi.. walaupun, pihak UPP agak terkejut mendengar kataku "Saya ingin menghantar borang pendaftaran calon UPSR kali kedua" terkejut kerana mereka baru sahaja menghantar pendaftaran calon UPSR daerah Mukah pada hari semalam. Namun, surat dan disket yang ku hantar diterima baik oleh pihak mereka dan katanya, mereka akan menghubungi pihak sekolah sekiranya ada apa-apa perubahan. Emm.. Seri harap, pihak UPP JPN dapat menguruskan nya. Tak perlulah untuk Seri mengisi borang Calon Tambahan pula kelak. :)

p/s: Buat Tunang Seri: terima kasih kerana memberi yang terbaik buat diri Seri. ^_^

Saturday, January 29, 2011

Friday, January 28, 2011

Cuti Tahun Baru Cina 2011

Minggu depan cuti Tahun Baru Cina. Tempat Seri mengajar cuti selama seminggu. Tak tahulah rasa gembira ke tidak.. sekarang Seri demam.. sejak semalam lagi.. erm..Sekarang ni makin menjadi Seri demam bila nak bermula cuti sekolah.. kalau tahun lepas..Seri akan demam bila sampai di rumah.. mungkin disebabkan kepenatan dalam perjalanan pulang ke kampung. Akhir tahun lepas.. Seri demam 'time' awal cuti sekolah..sama macam sekarang ni.. apelah pelik nye Seri ni ye.. demam 'time' cuti sekolah..

Ape Seri nak buat ye cuti ni.. Selalu Seri cek tiket kapal terbang.. tapi tak beli pun.. hehe..teringin gak nak balik.. tengoklah nanti macammane. Ok lah.. Seri berhenti sini dulu. Nanti sambung lagi.

Monday, January 17, 2011

Musim Hujan

Musim hujan kembali lagi. Air yang selalunya amat penting dalam kehidupan kita akan menjadi sesuatu yang amat merbahaya apabila ia bertukar menjadi banjir. Alhamdulillah, sekarang ni tak banjir di kawasan yang Seri tinggal sekarang.macamane pula tempat anda sekarang?

Sebelum ni Seri ada ceritakan tentang jalan baru di Bayan. Hari ini Seri ingin mengimbas jalan lama di Bayan.. tambah lagi di musim hujan ni.. jalan itu menjadi amat teruk..


Gambar ini diambil dalam van yang Seri tumpang/sewa untuk masuk ke dalam Bayan. Ketika ini Seri masih belum memiliki si kelabu itu.. :) Lihat sahaja air dijalan itu sudah menggerunkan Seri (apabila memandu sendiri), kerana bila hujan lebat, air deras dan tinggi mengalir.. belum tahu lagi sedalam mana lubang-lubang yang terdapat di bawah air tersebut..


Lihat sahaja bukit-bukit ini, kelihatan ia licin.. dan seawal tahun pertama Seri di sini, memang amat berbahaya bukit ini ketika hari hujan, kerana tersangat lah licin permukaannya. Kenderaan juga berkemungkinan untuk 'lap'(tersangkut) di sini..


Lihat pula semak disekelilingnya.. argh..Seri lebih rela melukakan badan si kelabu daripada termasuk ke dalam lubang dan bahagian bawah (tangki minyak) terkena pada jalan yang tidak rata (iaitu tar yang pecah-pecah). Kesian si kelabu tercalar sedikit di kiri kanan badannya..
Sekarang, Seri tak perlu bimbang lagi.. dah tiada masalah kecalaran dah.. insyaAllah, bila balik semenanjung, Seri cat baru si kelabu tu.


Inilah juga antara lubang-lubang yang dalam.. yang menyebabkan Seri terpaksa menyengetkan kereta untuk memelihara bahagian bawah kereta dari tersentuh terkena tangki minyak hitam. Kereta MyV rakan sekerja Seri pernah kebocoran tangkinya itu.. dan menyebabkan dia terpaksa bersusah payah untuk mengisi minyak hitam beberapa minit perjalanan kerana tangki sudah kehabisan minyak akibat bocor.


Ini rumah panjang yang setentang dengan rumah panjang warna pink entry sebelum ni..

Ni gambar kuarters guru di sini..kayu je..tak macam di semenanjung. Sekarang, elektrik pun kene catu..kat sini masih pakai generator. Ada dua set..tapi satu dah rosak.. bila nak dibaik pulih tak tahu lah.. ada minyak banyak pun tak bawa apa-apa..pasal gen-set 1 je guna..masih perlu untuk dibuat catuan kerana gen-set yang satu ni tak dapat nak menampung penggunaan selama 24jam.

Ada antara rakan Seri bertanya, tak nak balik hari ke, jalan dah ok? erm.. susah nak cakap..nanti kalau balik hari-hari..terabai pulak murid-murid kat sini.. kelas malam siapa pula yang nak buat.. murid tak pandai-pandai..nanti prestasi sekolah makin rendah..kene buat surat tunjuk sebab pulak nanti... Lagipun jalan di luar masih belum baik.. tambah pulak hujan ni.. bertambah dalam lubangnye.. nak bersaing dengan lori arang batu dan kelapa sawit lagi.. lagipun, best jugak duduk di dalam kawasan skolah ni.. duk di bandar pun tiada ape sangat yang menarik...sama dengan duk di Bayan ni.. so, baik duk dalam je..kuar bila ada hal sahaja.


Sunday, January 9, 2011

Hari ini hari Ahad.

Assalamualaikum.
Kisah hari ni lagi memelikkan Seri. Aduila.. Selesai sahaja menguruskan segala rutin harian Seri setiap hari. Cerita petang tadi.. Seri ingin pergi 'car wash' hehe ..macam biasa Seri akan hantar kereta ke car wash untuk mencuci bahagian bawah kereta yang utamanya la.. kalau cuci luar/ badan kereta Seri cuci sendiri je.. erm..mesti pelik, kata jalan dah ok tapi tetapp pi cuci kat car wash jugak.. sebab ape? sebab ada Seri lalu kat kawasan yang berselut la.. habis bawah kereta dan sekitar kawasan tayar. mula-mula Seri cakap basuh luar je..ingatkan orang tu faham ler kene cuci bawah sekali.. bila dia berhenti sebelum besi tempat cuci bahagian bawah tu, Seri pun cakap la.. cuci bahagian bawah sekali.. Sori ye tokey.. lupa nak cakap.. pasal tempat biasa Seri pergi, mereka faham dah.. tapi kali ni Seri pergi tempat lain.

So, bila dah parkir kereta atas besi tu.. masuk lah tokey tu ke bawah kereta dengan wayar airnya.. baru je dia nak mula menyembur..tetiba dia mengundur dan keluar.. dengan muka yang mendebarkan..Seri pun terkejut la.. kenapa? katanya ada something bawah kereta Seri..adus..takut dah Seri..tokey tu ingat ada ular tau..rupanya ada anak kucing.. Seri terkejut betul la.. ada anak kucing bawah kereta tu.. bukan seekor, tapi 2 ekor.. lagi pelik.. macammane lah kucing tu masuk dan naik bahagian bawah kereta tu.. maklumlah, Seri mana tahu bab bahagian bawah kereta ni.. ada pulak kawasan yang boleh memuatkan 2 ekor kucing.. tokey tu nak keluarkan kucing tu, tapi tak berjaya.,.dia lari pulak ke enjin.. tokey tu takut la nak pasang enjin kereta, takut mati pulak kucing tu.. bila dah berjaya keluarkan kucing tu.. kucing tu lari terus..tak sempat nak tangkap dan amik.. comey jugak.. putih dan seekor lagi putih tompok-tompok coklat. Seri harap kucing tu selamat la walau dimana dia pergi. Seri tak dapat nak bawa dia pulang ke rumah.. jumpa ibu dia.. kesian kat ibu di..kehilangan anak nye.. Maafkan Seri wahai anak dan ibu kucing..

Saturday, January 8, 2011

Sambungan cerita...

Assalamualaikum..
Semoga kalian semua dalam lindungan Allah selalu.. dan sentiasa sihat sahaja hendaknya. Seri di sini sedang sakit tekak akibat makan buah mata kucing siang tadi. Selepas sekian lama Seri tak makan buah tu kerana takut sakit tekak, ahirnya tadi Seri telah 'mencemar duli', (chewwah) dengan memakan buah itu.
... buah ...

Ok, sekarang sambungan cerita. Sebelum bercerita, jom lihat gambar ini dahulu..

Nampak tak si merah betopi kelabu tu.. :) hehe.. tu peneman Seri tu.. pemerhati jalan..hehe..ok, ni jalan baru di Bayan nie..kiri kanan hutan je.. tu naik bukit tu.. lepas turun jumpa satu kawasan tu ada 2 rumah panjang..kiri dan kanan jugak.. yang kanan tu yang warna pink tu.. cantik ..cat baru.. hari gawai tahun lepas. Jalan ni dah muat 2 kereta dah.. bayangkan, jalan yang panjang ni muat satu kereta je sebelum ni.. dan kalau kereta bertembung, salah satu nye akan mengundur ketempat yang lebih besar, untuk beri laluan kereta satu lagi nak lalu.. kebanyakan tempat, kiri kanan jalan nya tak rata..kalau jatuh kereta, alamatnya kene angkat kereta tu.

Seterusnya jalan ni nak menuju ke sungai Bayan.. nampak tak ada papan tanda selekoh tu..(gambar besar ada di bawah) Sungai tu betul-betul bawah selekoh. Disitulah dulunya tempat banjir di bayan.. air sungai naik dan deras selepas hujan lebat menyebabkan warga bayan tidak dapat keluar ke bandar. Sekarang dah tinggi sikit. lepas dari selekoh tu..bukit plak.. tu ada simbol di larang memotong..


Gambar atas ni pulak menunjukkan jalan yang turun naik..banyak keadaan jalan yang macam ni dalam kawasan bayan ni. Lihat pula gambar yang ada penunggang motosikal tu.. haa..kat sini lah tempat yang dibenarkan memotong...kawasan rata je..boleh memotong kat sini.. lepastu naik bukit..turun bukit..

Gambar ni plak..selekoh merbahaya di bayan..ianya berhampiran Rumah Minggu. Kalau dah sampai kat rumah minggu ni, dah dekat la sekolah Sg Bayan ni. Dan bila anda jumpa je double line ni..lagi la dekat dengan sekolah.. habis je double line tu..selekoh ke kanan..jumpalah SK Sg Bayan.. yang berhampiran dengan Rumah Malang. Tuai rumah Malang ni la yang memberi tanahnya untuk dijadikan sekolah. Maka ada lah sekolah di Bayan Ulu ni.

erm..nak tahu tak kenapa ada banyak kenderaan kat selekoh tu.. kat belah kiri selekoh tu, tempat orang setempat bersabung ayam la.. hmm.. tiap hujung minggu beroperasi. Gambar ni di ambil pada hari Ahad,lebih kurang jam 11 pagi, 2hb Jan. Datang awal ke sekolah untuk pembukaan sekolah pada esok nye dan pendaftaran asrama pada jam 2 ptg.

Alhamdulillah..sekarang menunggu jalan di luar bayan plak untuk siap..
ok.. itu sahaja dahulu.


Saturday, January 1, 2011

Hari Pertama 2011

Bot Express di Dalat.

Melewati jam 12.01 malam tadi, bergemalah bunyi mercun di sekitar kawasan perumahan Seri. Bunyi yang kuat itu mengganggu lena Seri pada malam pertama tahun baru. Namun Seri meneruskan juga tidur Seri kerana berasa keletihan dan sakit kepala. Paginya, Seri bangun seperti biasa dan meneruskan rutin harian, Solat Subuh. Kepala terasa berat lagi.. Seri berehat lagi seketika di pagi ini sehingga hilang kesakitan di kepala. Selesai membasuh baju, Seri menyiapkan kerja-kerja untuk membuat jadual waktu sekolah. Rancangan awal, Seri mahu ke pasar untuk membeli barang makanan masuk ke Bayan esok hari..tetapi dibatalkan kerana Seri pergi ke Dalat. Menghantar suami rakan Seri ke sana. Lebih kurang 3 jam Seri di sana, menghantar rakan dan makan tengahari di sana. Selepas itu, Seri terus berehat di rumah.. waktu petang, Seri keluar sekejap untuk membeli barang makanan dan keperluan Seri di Bayan. Malam ni Seri makan Nasi Ayam Penyek.. Kenyang betul Seri hari ni.. Malam ni Seri nak berehat awal.. Esok Seri nak masuk Bayan dah. Ada pendaftaran murid di waktu petang, jam 2. Lepas ke pasar pagi esok, Seri akan terus ke sekolah. Seri pergi awal sedikit untuk mengemas kelas dan bersiap sedia untuk sesi pendaftaran. hmm Akhirnya Seri akan mula sibuk di sekolah kelak. Semoga cepat masa berlalu dan segalanya berjalan lancar.. Opss lupa..nanti bermula minggu transisi murid tahun 1. Seri mengajar Dunia Seni Visual. Seri terlibat dengn minggu ini. Dan yang pasti, Seri masih menjadi guru Sains tahun 6. Target untuk lulus penuh tahun ni, masih dalam pemerhatian Seri..Banyak usaha juga yang perlu dilakukan untuk memastikan murid-murid ini berjaya. Ok lah. Samapai sini dulu cerita Seri.. Semoga esok baik-baik belaka. Semoga Allah memudahkan urusan Seri.. amiin.