AHLAN WA SAHLAN!

Selamat Datang ke blog Seritasnim...;)
Pengisian dalam sebuah perjalanan hidup..
Pengembaraan yang panjang untuk mengenal erti sebuah kehidupan. InshaaAllah, saya juga seorang pengedar sah SHAKLEE. Anda boleh dapatkan dari saya produku-produknya yang terbaik dari saya. Pos seluruh Malaysia, COD Mukah,Sarawak dan Kuantan, Pahang.

Friday, November 19, 2010

Selamat Hari Raya Korban

Assalamualaikum..

Salam buat rakan-rakan semua... :) Selamat Hari Raya AidilAdha .. Walaupun hari ni sudah hari ke3 korban, Sri tetap ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat buat semua. Semoga kita semua dalam lindungan Allah selalu. Insha Allah.

Sesi persekolahan sesi 2010 juga sudah tamat di Malaysia sekarang ni. Tibalah musim cuti sekolah selama lebih kurang sebulan lebih sedikit. Walaupun sekolah murid-murid sedang bercuti, namun Sri tetap perlu menjalankan tanggungjawab Sri sebagai guru.. bertugas menjaga sekolah ketika cuti.. ada dalam Pekeliling Pendidikan yang ke berapa entah, Sri tak berapa pasti.. walaupun hati Sri sudah melonjak-lonjak ingin pulang ke kampung, sudah tugas, perlulah dilaksanakan dengan sebaiknya.. :).. InshaAllah.

Keputusan UPSR 2010_11.11.2010


Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi atas segala limpah kurnianya pada setiap makhluk di muka bumi ini. Apa khabar rakan-rakan sekalian? Harap anda sihat-sihat sahaja hendaknya dan sentiasa dilimpah rahmat oleh-Nya.

11.11.2010..tarikh keputusan peperiksaan UPSR.. ketika ini.. diri Sri sedang berkursus di PPD. Jam menunjukkan pukul sepuluh pagi..ramai rakan-rakan guru sedang sibuk bertanya tentang keputusan UPSR sekolah masing-masing. Namun diri sri masih lagi belum mengetahuinya..rakan-rakan guru Sri pun begitu..Pukul 12tghr Sri mengambil peluang untuk melihat sendiri keputusan UPSR sekolah di bahagian Unit Peperiksaan PPD. Alhamdulillah.. target sekolah lulus 50% tercapai. Dan setinggi-tinggiucapan syukur Sri pada Allah..matapelajaran Sains=100% lulus..satu-satunya subjek yang lulus penuh oleh murid sekolah ku. Alhamdulillah.. Syukur tak terkata.. segala usaha penat lelah ku dan doa ku terbalas juga.. Tahniah ku ucapkan kepada semua anak muridku.. kerana usaha mereka jugalah, mereka berjaya..

Kini aku meniti hari-hari terakhir persekolahan sesi ini.. bagaimana pula yang akan datang.. semoga kejayaan dan kegembiraan milikku selamanya... :) Insya Allah..

Friday, November 5, 2010

Nota Cinta ~ Saujana


Album : Nota Cinta

Munsyid : Saujana

http://liriknasyid.com


Andainya dapatku menulis

Nota-nota cinta buat diri-Nya

Ingin ku titipkan bersama

Semua kuntuman bunga

Yang indah berseri


Ku sembur haruman mewangi

Bersama kata-kata puji

Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku

Menjalin ikatan menuju ke Syurga


Cintaku kepada Dia

Rinduku hanya pada-Nya

Kasihku tulus buat-Nya

Setiaku balas kasih-Nya

Kasihku kasih yang setia

Pada yang punya


Dambaku pada Yang Esa

Pujian hanya buat-nya

Akurku kebesaran-Nya

Teragung Maha Suci-Nya

Taatku hamba yang hina

Pada Pencipta


Kiranya aku hilang arah

Jalan hidupku berubah punah

Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah

Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah

Nur Hidayah-Nya semakin cerah