AHLAN WA SAHLAN!

Selamat Datang ke blog Seritasnim...;)
Pengisian dalam sebuah perjalanan hidup..
Pengembaraan yang panjang untuk mengenal erti sebuah kehidupan. InshaaAllah, saya juga seorang pengedar sah SHAKLEE. Anda boleh dapatkan dari saya produku-produknya yang terbaik dari saya. Pos seluruh Malaysia, COD Mukah,Sarawak dan Kuantan, Pahang.

Saturday, May 10, 2014

Selamat Hari Ibu!

Assalamualaikum semua!

Pertama sekali Seri nak ucapkan Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di dunia ni. Yup, bukan mudah untuk menjadi seorang Ibu.Melahirkan anak, mendidik dan seterusnya menjadi seorang isteri baut suami tersayang.  'Ibu' juga adalah anugerah daripada Allah SWT.Sebab itu tidak semua wanita yang berkahwin dapat menjadi ibu. Ia adalah anugerah Allah. Bersyukurlah kita kerana dapat menjadi seorang Ibu, Ma, Mak, Mama, Mommy, Mum, Bonda dan apa jua panggilan yang ada panggil pada seorang insan yang melahirkan anda.

Sebagai seorang ibu, berilah yang terbaik buat anda, suami dan anak anda. Jangan diikutkan sangat perasaan marah. Marahkan anak, biarlah niat untuk memberitahu perbuatannya adalah kurang baik dan bukan marah diikuti dengan nafsu jahat dan hasutan syaitan. Beristighfarlah selalu agar marahmu reda. Dan sentiasalah menjadi insan yang sabar denagn sentiasa berdoa kepada Allah.

Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu. Semoga segala perbuataan baikmu diganjari pahala oleh Allah SWT. InsyaAllah.