
Assalamualaikum..
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi atas segala limpah kurnianya pada setiap makhluk di muka bumi ini. Apa khabar rakan-rakan sekalian? Harap anda sihat-sihat sahaja hendaknya dan sentiasa dilimpah rahmat oleh-Nya.
11.11.2010..tarikh keputusan peperiksaan UPSR.. ketika ini.. diri Sri sedang berkursus di PPD. Jam menunjukkan pukul sepuluh pagi..ramai rakan-rakan guru sedang sibuk bertanya tentang keputusan UPSR sekolah masing-masing. Namun diri sri masih lagi belum mengetahuinya..rakan-rakan guru Sri pun begitu..Pukul 12tghr Sri mengambil peluang untuk melihat sendiri keputusan UPSR sekolah di bahagian Unit Peperiksaan PPD. Alhamdulillah.. target sekolah lulus 50% tercapai. Dan setinggi-tinggiucapan syukur Sri pada Allah..matapelajaran Sains=100% lulus..satu-satunya subjek yang lulus penuh oleh murid sekolah ku. Alhamdulillah.. Syukur tak terkata.. segala usaha penat lelah ku dan doa ku terbalas juga.. Tahniah ku ucapkan kepada semua anak muridku.. kerana usaha mereka jugalah, mereka berjaya..
Kini aku meniti hari-hari terakhir persekolahan sesi ini.. bagaimana pula yang akan datang.. semoga kejayaan dan kegembiraan milikku selamanya... :) Insya Allah..
Tahniah, berjaya melahirkan 100% murid-murid lulus sains!
ReplyDeletealhamdulillah, walaupun saya tak dapat nk tandingi cik sri.. sekurang-kurangnya keputusan UPSR bagi subjek matematik di sekolah saya lebih baik daripada jangkaan!
P/s- harap2 lenkali dapat ajar sains tahun 6 pulak!
Terima Kasih!
ReplyDeleteTahniah juga buat cikgu Fahmi..Cabaran besar jugak mengajar Matematik kerana bukan opsyen.. tambah lagi murid dari pedalaman..
Chaiyok2.. semoga dapat mejadi guru yang cemerlang dan terbilang ..lillahitaala.. ameen