AHLAN WA SAHLAN!

Selamat Datang ke blog Seritasnim...;)
Pengisian dalam sebuah perjalanan hidup..
Pengembaraan yang panjang untuk mengenal erti sebuah kehidupan. InshaaAllah, saya juga seorang pengedar sah SHAKLEE. Anda boleh dapatkan dari saya produku-produknya yang terbaik dari saya. Pos seluruh Malaysia, COD Mukah,Sarawak dan Kuantan, Pahang.

Tuesday, July 19, 2011

Selasa, 12 July 2011

Berita yang menggemparkan!!!

ARAHAN PERTUKARAN.
'ANDA DI TUKARKAN DARI SK SG BAYAN KE SK DUA SUNGAI.
BERKUATKUASA PADA 16 JULY 2011'
~ ATAS ALASAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN!

Subhanallah, terkejut sungguh diri ini apabila menerima surat yang tak ingin ku terima.. iaitu ditukarkan ke sekolah lain dalam daerah yang sama. Kan bagus kalau surat itu di suruh ku berpindah antara negeri, ke semenanjung ke.. sudah tentu aku melonjak kegembiraan. Aku nekad tidak mahu berpindah tempat mengajar. Cepat-cepat ku beritahu Guru Besar dan PK1. Mereka berdua berada di Dewan Suarah, sedang mengikuti seminar Integriti. Terkejut Guru Besar dn PK1, bagaimana boleh namaku yang tersenarai.. sedangkan aku mengajar murid tahun 6, yang akan menduduki UPSR pada tahun ini. Dan masih banyak lagi perkara yang ingin ku lakukan di sekolah sebelum habis hujung tahun ini. Dengan bantuan Guru Besar dan kerani, segera ku buat surat rayuan untuk mengekalkan diriku di sekolah ini. Petang itu juga ku mengambil tandatangan GB untuk mengesahkan semua surat ku itu.. namun aku tidak dapat berjumpa dengan pegawai bahagian sekolah di PPD. Lantas ku membuat keputusan untuk berjumpa dengan nya pada pagi esok. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan oleh Allah. GB menyokong ku untuk tidak berpindah. Begitu juga dengan PK1. Mereka ada berjumpa dengan pegawai berkenaan untuk menerima rayuan ku, iaitu kekal di SK Sg Bayan, sehingga akhir tahun. Berkat doa ku, ibu dan suamiku, alhamdulillah, aku tidak ditukarkan ke sekolah itu. Tak sabar untuk ku menunggu surat rasmi dari pejabat esok. Mungkin akan sampai ke sekolah ku pada hari Khamis ni. Syukur alhamdulillah, sujud syukurku padaMu Ya Rabb.


2 comments:

  1. Tak sangka ada juga arahan pertukaran macam tu. Rasanya, kalau seri_sue dapat tukor ke semenanjung, konfirm pikir bayak kali ni..

    Alhamdulillah ler sebab masih dapat kekal lagi kat situ. at least dapat tumpukan perhatian kat murid-murid tahun 6 utk UPSR nanti.

    ReplyDelete
  2. yup, memang ada, Fahmi. Malah kat sekolah saya ni, ni kali ke dua berlaku.. last2.. saya ditukarkan ngan cgu lain dr sekolah ni jgk.. cikgu tu xdek kat sini sekarang, cuti bersalin.. hmm tak tahulah kenapa PPD suka sangat nak tukar2 cikgu dr sekolah ni..

    hehe.. fikir banyak kali jugak kot.. pasal husben duk sini..hihi

    ReplyDelete