Bertemu lagi kita pada hari ini.. Ketika ini, Seri sedang berada di bilik guru di sekolah tempat Seri berkhidmat. Cuaca di sini amat panas lebih-lebih lagi di kuarters Seri. Kuarters Seri betul-etul mengadap ke arah matahari turun dii sebelang petang. Bahang panasanya amat terasa sekitar waktu tengahari hingga ke waktu asar. Hari ini, Seri telah 'membawa diri' ke bangunan sekolah, kerana di sini agak sejuk sedikit berbanding di rumah. Dan Seri mengambil peluang ini untuk meng'up date' blog Seri. Opss..ketika ini Seri sedang mendengar lagu "Kau yang bernama Seri" nyanyian Awie.. hehe..
Baiklah, di sini Seri ingin menceritakan peristiwa yang berlaku pada Seri dan rakan-rakan Seri di sini. Buat pengetahuan semua, pada tahun lepas, Seri telah menjadi guru kelas murid tahun 6 dan juga guru matapelajaran Sains kepada mereka. Alhamdulillah, 3 antara mereka telah terpilih untuk memasuki Sekolah Rancangan Khas di sekitar Mukah ini. Sekolah Rancangan Khas biasanya sekolah terbaik di antara sekolah-sekolah lain. Bukan calang-calang orang yang terpilih ke sekolah tersebut. Seri amat gembira kerana murid di kawasan pedalaman juga boleh menjejakkan kaki di sekolah terbaik. Walaupun begitu, hanya 2 orang sahaja yang pergi ke sekolah tersebut, iaitu SMK Three Rivers, Mukah. Mereka berdua ini telah mendapat keputusan 4A1B dalam UPSR yang lepas. Sekolah kami juga antara sekolah pedalaman yang terbaik dalam daerah Mukah. Seorang lagi tidak melapor di SMK Oya kerana masalah pengangkutan keluarganya. Dia lebih selesa untuk belajar di SMK Mukah sahaja.
Seri sudah berasa gembira dengan anak murid Seri yang 2 orang itu, nama mereka, Cheines dan Brolen. Antara mereka berdua, hanya Brolen yang layak untuk memohon MRSM kerana keputusan Matematik dan Sains nya mendapat A. Untuk Cheines pula, saya telah membantu beliau membuat surat permohonan rayuan untuk memasuki MRSM. Sebelum medapat keputusan kemasukan ke MRSM 2011, mereka berdua belajar dengan baik di SMK Three Rivers. Selang 2 minggu persekolah di buka, kedengaran berita 'Brolen lari dari sekolah'. Parah!! Terkejut Seri mendengarnya.. pelajar terbaik di sekolah SK Sg Bayan pada suatu ketika dulu telah membuat satu tindakan yang tidak sepatutnya di buat. hmm Seri dan rakan-rakan guru risau akan keadaan ini. Selepas di selidiki, rupanya beliau takut dan tak betah tinggal di asrama sekolah. kami naik pelik, sedangkan di SK Sg Bayan dulu, beliau pun tinggal di asrama. Takkan masih tak boleh untuk tinggal di sana. Malah, setiap hujung minggu beliau dibenarkan pulang ke rumah. Rumahnya berhampiran SK Sg Bayan lebih kurang 45minit ke bandar dan ke SMK Threee Rivers. Bukan sekali, tapi berkali2 beliau lari dari asrama sekolah itu, dan sanggup balik ke rumah panjang dengan menumpang orang. Mujurlah orang itu dikenalinya. Akhirnya, ibunya terpaksa untuk menghantar dirinya setiap hari ke sekolah dan mengambilnya pulang di waktu petang. AH.. sungguh kasihan pada ibu dan bapanya. Disebabkan terpaksa menghantar dan mengambilnya, ibu bapanya tidak dapat kerja di ladang dan kebun.
Setelah keputusan permohonan MRSM keluar, alahamdulillah, Brolen berjaya untuk memasuki MRSM Mukah. Seri telah membantu keluarga Brolen untuk mengisi borang permohonan MRSM. Seri langsung tidak yakin yang dia akan boleh untuk belajar di MRSM jika dia sendiri tidak boleh tinggal di asrama. Berikutan itu, Seri dan rakan Seri berjumpa dengan Brolen dan ibunya di rumah panjang untuk urusan pengisian borang MRSM itu. Kami sama-sama memberi kata semangat padanya dan cuba mencari sebab kenapa beliau lari dari sekolah. 'RINDU'. Teringat pada ibu nya. erm..itulah sebenarnya masalah dirinya... seorang budak yang tidak biasa terpisah dengan ibu bapa dan keluarga, telah sanggup membuat tindakan lari dari sekolah. Nekad nya dia. Tapi, Seri dan rakan Seri tetap memujinya kerana beliau masih mahu ke sekolah untuk belajar.. cuma masalahnya sekarang beliau tidak mahu untuk tinggal di asrama.
Dua minggu sebelum cuti sekolah pada bulan 3, kami berdua telah memujuk nya untuk tinggal di asrama selama seminggu di SMK Three Rivers. Selepas itu, beliau akan mendaftarkan diri ke MRSM. Beliau hanya tahan selama semalaman sahaja. Hari berikutnya, beliau lari pulang lagi. Satu sekolah sudah tahu tentang kisahnya,. malu sudah ibu bapanya kerna dirinya. Namun ibu bapanya tidak putus asa. Ibunya ada juga datang di kuarters Seri dan mengadu tentang anaknya itu. Apa yang mampu Seri katakan padanya adalah 'Sabar' sahaja. Mungkin dia akan berubah setelah masuk MRSM nanti.
Nak tahu apa yang berlaku padanya selepas mendaftar diri di MRSM, Mukah?? Nanti Seri sambung lagi.. Seri kena balik rumah dulu sekarang. k. wassalam.
No comments:
Post a Comment