AHLAN WA SAHLAN!

Selamat Datang ke blog Seritasnim...;)
Pengisian dalam sebuah perjalanan hidup..
Pengembaraan yang panjang untuk mengenal erti sebuah kehidupan. InshaaAllah, saya juga seorang pengedar sah SHAKLEE. Anda boleh dapatkan dari saya produku-produknya yang terbaik dari saya. Pos seluruh Malaysia, COD Mukah,Sarawak dan Kuantan, Pahang.

Saturday, April 10, 2010

Andai ku tahu!

andai kutahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku


aku takut
akan semua dosa dosaku
aku takut
dosa yang terus membayangikua

andai kutahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucapkan kata tobat padaMu

ampuni aku
dari segala dosa dosaku
ampuni aku
menangisku bertobat padamu

aku manusia
yang takut neraka
namun aku juga
tak pantas di surga

Sudahkah anda bertaubat pada hari ini????
Kalau belum, lakukanlah sebelum terlewat.

Di suatu petang yang sunyi...


Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu


Ya Allah, jika benar dia ini merupakan lelaki yang baik untuk ku di dunia yang sementara ini, lelaki yang dapat meningkatkan lagi cintaku padaMu, meningkatkan lagi ibadatku padaMu, yang dapat mententeramkan hatiku dikala duka dan bersama-samaku ketika suka..maka ya Allah..tenangkanlah hatiku dan yakinkanlah hatiku untuk terus setia padanya..

Ya Allah, aku mohon kekuatan dari Mu untuk menghadapi segala ujian yang Engkau berikan padaku. Ya Allah..titipkanlah rasa kasih dan sayang antara kami berdua dan peliharalah hubungan kami daripada perkara-perkara yang tidak Engkau redhai..Ameen Ya Rabbal Alamin..

dari Hamba Allah

Friday, April 9, 2010

April 2010


Assalamualaikum..dan Salam sejahtera..

ermm,... memang saya dah lama tak update blog ni kan.. Alhamdulillah.. syukur kepada Allah atas segala nikmat dan hinayah dari-Nya...maaf atas kurang perkongsian cerita kepada semua rakan-rakan sejak 2 menjak ni.

Sekarang, di sekolah sedang sibuk dengan persediaan pertandingan bercerita peringkat daerah Mukah dan latihan bola jaring pada setiap petang juga untuk pertandingan peringkat daerah juga. Seperti biasa, kelas bimbingan murid tahun 6 dijalankan pada waktu petang jam 2.30-3.30 ptg. Malam kelas gerak gempur, khusus untuk murid tahun 6 juga, dibuat pada jam 7.30-8.30 mlm.
So, duduk di Bayan, macam sama je duk di semenanjung..tapi tak mengapa, saya suka. Boleh isi masa yang ada.. cuma kene persediaan mental dan fizikal. badan kene sihat, baru minda cergas! betul tak??

Mungkin gambar di atas tu tak berkaitan dengan apa yang saya ceritakan di atas. Itu sebenarnya gambar saya bercuti di Kota Kinabalu, Sabah. Alhamdulillah, sampai juga ana di sana..Sebuah bandar yang besar dan maju.. penuh dengan aktiviti perlancongan..pelbagai jenis manusia ada. :)

k, sampai sini la dulu.. bye!!


Thursday, February 25, 2010

Pengembaraan bermula...:)



Hari ini hari Khamis..hari terakhir persekolahan bagi minggu ini. Esok, Jumaat, cuti umum Maulidur Rasul. Sesi mengajar berjalan seperti biasa..Hari ini, walaupun hari batik seMalaysia..tapi aku hanya pakai baju T-shirt dan seluar track sahaja..kerana aku mengajar PJK pada waktu pagi di sekolah.. Tidak ramai guru yang ada di sekolah pada hari ini..GB terpaksa ke Sekolah Pengkalan Lubang untuk bermesyuarat..Katanya..sekolah itu menghadapi masalah..hampir nak roboh..jadi murid-murid perlu dipindahkan ke sekolah lain. Sekolah aku ini adalah yang berdekatan dengan sekolah itu..Jadi, beberapa orang murid dari sekolah itu akan masuk ke sekolah ini..Ia bergantung juga pada kebenaran ibu bapa murid..Kalau di ikutkan, kuota asrama sekolah ku ini hanya dapat memuatkan murid lelaki sahaja lah..asrama perempuan sudah penuh..Guru dari sekolah itu juga akan masuk ke sekolah ini..juga guru lelaki lah yang boleh masuk ke sekolah ku ini..kerana kuarters yang kosong adalah kuarters guru lelaki sahaja..kuarters guru perempuan sudah penuh..

owh..hampir terlupa nak bercerita pasal hari ini.. guru PK Hem juga tiada kerana ada taklimat di PPD. Jadi kami dah kekurangan transport untuk ke Mukah...Biasanya tiada masalah pengangkutan, kerana kami akan tumpang Cikgu Bunsu ke Mukah..tapi kali ini, Cikgu Bunsu mahu keluar bersama keluarganya..jadi kereta Dmax nya itu sudah penuh..terkejut mendengar berita itu ketika semua guru dan kerani sudah meninggalkan Bayan..Cikgu Bunsu senang hati sahaja untuk masuk Bayan semula dan menghantar kami bertiga ke Mukah pada pukul 5 ptg..tapi kami tidak sampai hati untuk menyusahkan nya..keluar dua kali ke Mukah..Walaupun sejam sahaja hendak ke Mukah, tapi perjalanan sejam itu amat memenatkan disebabkan jalan masih rosak. Jadi, kami membuat keputusan untuk naik bersama Cikgu Bunsu sampai ke simpang Bayan sahaja..masa dalam 20 minit untuk keluar. Dmax boleh memuatkan 5 orang sahaja..tapi tadi..kami naik 7 dewasa 1budak di dalam Dmax, dan 3 orang budak lagi di belakangnya.. Kesian melihat budak-budak itu di belakang..setakat jalan dari sekolah ke simpang Bayan tu, ok lah..jalan tak teruk mana..tapi kalau jalan dari simpang Bayan ke Mukah..jalan memang teruk..dan berdebu..kami pun tak rela melihat budak-budak alami keadaan itu..Alhamdulillah, Tuhan permudahkan urusan kami.. Sampai sahaja di Simpang Bayan tu..selepas mengambil beg sandang ku, ku pandang belakang..owh..bas telah sampai..ape lagi kami..dengan gembira dan syukurnya terus naik bas..Bas Suria..Bas Suria ok la sikit dari Bas Lanang..pemandu dia berhemah..jalan yang berlubang-lubang dipandunya bas itu dengan berhati-hati.. tak lah sampai melompat-lompat kami dalam bas, macam bas Lanang..hihihi. Tak ramai penumpang, syukur lagi..sebab kami tak perlu berdiri..hanya ada 4 orang sahaja penumpang termasuk pemandu..jadi campur kami jadi 7 la..:)

Alhamdulillah..perjalanan selamat sampai ke Mukah..dalam perjalanan tu..sempat lagi Bas Lanang memintas Bas Suria....huhuhu..laju amat..aku yang berniat untuk tidur di dalam perjalanan, langsung tidak tido.. kawan aku pula yang terlentok-lentok kepala..terlena di dalam bas..hihi.. macam-macam ragam ada...Simpang Bayan ke Mukah..RM 5...:)


Saturday, February 20, 2010

Sabtu yang mendung..













Bunga pink.....

Pagi hari ni hujan turun di Mukah..sampai kul 10 pg baru reda..plan nak buat hari ni tertangguh.. hmm ada skit perkara yang belum settle untuk laksanakan plan hari ni...
Alhamdulillah, segala urusanku semalam baik-baik belaka...walaupun ada sedikit halangan, tapi ok la.. bermula dari perjalanan balik dari sekolah tu..terpaksa pulak kawanku patah balik ke sekolah kerana dia dan sorang lagi rakan ku tertinggal barang.. walaupun hari semalam hujan..tapi tak lebat sangat dan jalan keluar pun ok la..xteruk sangat... harap esok tak hujan..supaya mudah perjalanan masuk ke sekolah nanti...
Minggu hadapan..aku akan keluar pada hari Selasa ke Mukah.. harap kerani sekolah pun keluar, sebab boleh aku tumpang dia sama..hari rabu ada taklimat di PPD Mukah...sehari.. Khamis kerja..Jumaat cuti... nak pergi mana ye Jumaat tu??? ermmm..cuti 3 hari..Maulid Nabi Jumaat tu.. ape nak buat ye...


Friday, February 19, 2010

My Sister's Wedding



Tanggal 15 Februari 2010..tamatlah zaman bujang bagi kakak ku yang sorang tu..hihi.. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar..9.00 pagi, keluarga dan pengantin bertolak ke Surau Taman Beserah untuk Majlis akad nikah..Ketibaan pengantin lelaki sekitar pukul 1 tengahari...acara lalu bawah pedang pun ada... seterusnya acara menepung tawar oleh kedua-dua belah keluarga pengantin..diteruskan lagi dengan acara memotong kek oleh pasangan pengantin... akhir sekali..sesi bergambar..Saya jadi pengapit tuk kakak saya..

Wednesday, February 10, 2010

Hari-Hari berbeza...


Kenapa pulak tajuk nya begitu sih?? hihihi...petang tadi, tetiba dapat sms dari kerani, taklimat ditunda pada 24 feb 2010..(Rabu)..hihi...adui la..awat hari Rabu?? dah plan elok2 dah tuk Khamis naik cuti tu, tapi ada perubahan pulak..terpaksa la ubah plan. Harapnye tiada apa-apa masalah nanti. Esok aku akan keluar Mukah..dapat tumpang Cgu Bunsu ke Mukah..kebetulan dia mahu membawa isterinya ke Hospital, wat pemeriksaan perut..bakal dapat anak ke-3 ni..Tahniah buat Cgu Bunsu ya! Tak sabar nak pulang ke kampung!!!:)

Ni gambar masa Majlis Penutupan Minggu Transisi Murid Tahun 1 SK SG Bayan. Tu gambar Cikgu Bunsu, berbaju biru tua.. :) Murid tahun 1, 6 orang di baris paling depan tu. :)


Tuesday, February 9, 2010

Mood: Happy :)



Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah..aku panjatkan kepada Allah SWT, kerana telah memberi nikmat yang tak terhingga buat ku dan hamba-hambaNya yang lain. Hari ini perasaan ku teramat gembira..sebab ape???? sebab Allah dah membantu ku dalam suatu perkara..ape dia?? hihihi berita dari sekolah.. 17hb dapat cuti peristiwa.. yes! best! suka3...hihi..bolehlah aku balik kampung dengan tenang. Dan datang semula ke sini dengan gembira, insyaAllah. Apa yang kuharapkan sekarang, semoga Allah memudahkan perjalanan balik ku ke kampung pada hari Jumaat ni dan perjalanan kembali ku ke Mukah dengan selamat. Ameen..

hmm Naik cuti tu pulak aku ada taklimat di PPD. Aku akan masuk ke Bayan pada hari Khamis petang la nampaknye... hmm macam biasa..kalau tiada rakan guru yang keluar dari Bayan Khamis tu..aku terpaksalah menaiki bas dan turun di simpang Bayan.. dan meminta guru di sekolah untuk mengambil aku di simpang Bayan tu... Nampaknya itu akan jadi pengalaman ke dua aku menaiki bas seorang diri (tanpa rakan satu sekolah) dan turun di simpang. Aku harap Cikgu Bunsu akan datang mengambil aku kelak..

Tak sabar rasanya untuk pulang ke kampung. Yang pastinya aku perlu bersiap sedia, usaha dan tenaga untuk membantu ahli keluargaku dalam menguruskan Majlis Perkahwinan kakak ku. Ini lah majlis perkahwinan pertama yang akan diadakan di rumah ku. Dan ibu bapa ku akan menerima seorang menantu lelaki dalam hidup mereka. Semoga Allah memudahkan segala urusan kami semua..InsyaAllah..

Saturday, February 6, 2010

:).....

SK Sg Bayan...pada hari mendung..suram je tengok..huhu mcm seram pun ada...hihihi..
Hujung belakang tu rumah panjang yang diberi nama 'Rumah Malang'
gambar di ambil dari depan dewan makan sekolah...

Assalamualaikum...
hmmm dah lama saya tak update blog nie...
nak cerita pasal ape ye?? hmmm
Tahun ni saya sekali lagi ditugaskan tuk mengajar murid tahun 6, matapelajaran Sains.. dan sekali lagi memegang tanggngjawab sebagai guru kelas Tahun 6 Rajin.. semoga mereka benar2 rajin... Tahun ni, murid tahun 6 SK Sg Bayan ni ada 8 orang murid sahaja... walaupun 8 orang je..mcm2 kerenah diorang...awal tahun baru ni memang meletihkan, sebabnye melayan kerenah mereka yang pelik2 tu...sekarang alhamdulillah diorang dah berubah sikap sikit2...
ermm... nanti saya update lagi la ye...

Sunday, January 17, 2010

7 KUNCI KEBAHAGIAAN HIDUP..

7 KEBAHAGIAAN DALAM HIDUP

Assalamualaikum dan salam persaudaraan buat semua..

Ibnu Abbas ra. Adalah salah seorang sahabat Nabi SAW pernah ditanya pada suatu hari mengenai apa yang dimaksudkan dengan kebahagiaan. Ibnu Abbas telah menjawab dengn mengatakan bahawa terdapat 7 kunci kebahagiaan hidup di dunia, iaitu:

PERTAMA, Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh. Pasangan hidup yang solah akan menciptakan suasana rumah dan keluarga yang soleh pula. Di akhirat kelak seorang suami (sebagai imam keluarga) akan diminta pertanggungjawabkan dalam mengajak isteri dan anaknya kepada amal kesolehan. Berbahagialah menjadi seorang isteri bila memiliki suami yang soleh, yang pasti akan bekerja keras untuk mengajak isteri dan kesemua anak-anaknya menjadi Muslin yang soleh. Demikian pula seorang isteri yang soleh akan memiliki kesabaran dan keihklasan yang luar biasa dalam melayan suaminya. Maka berbahagialah menjadi seorang suami yang memiliki isteri yang soleh.

KEDUA, Qalbun syakiran atau hati yang sentiasa bersyukur. Memiliki jiwa syukur bererti selalu menerima sekadar apa adanya (qona’ah), inilah nikmat bagi hati yang selalu bersyukur. Seseorang yang pandai bersyukur mudah memahami sifat-sifat Allah SWT, sehingga apa pun yang diberikan oleh Allah tetap diterimanya dengan dada yang terbuka malah sentiasa redha dengan keputusan yang telah Allah tetapkan. Maka berbahagialah kepada orang yang pandai bersyukur.

KETIGA, iaitu memiliki umur yang berkat. Maknanya, umur yang semakin tua semakin soleh dan setiap detik masa akan diisi dengan membuat amal ibadat. Orang yang mengisi umurnya dengan banyak mempersiapkan diri untuk bekalan akhirat (melalui amal ibadat) maka semakin tua semakin rindu ia untuk bertemu dengan Sang Penciptanya. Inilah semangat ‘hidup’ orang-orang yang berkat umurnya, maka berbahagialah orang-orang yang telah dianugerahkan umur yang berkat.

KEEMPAT, al auladun abrar, iaitu memiliki anak yang soleh dan solehah. Di kala Rasulullah SAW sedang bertawaf, Rasulullah SAW telah bertemu dengan seorang anak muda yang memiliki badan yang sedang melecet. Setelah selesai tawaf, Rasulullah SAW lalu bertanya kepada anak muda itu : “Kenapa dengan badan mu itu?” Jawab anak muda itu : “ Ya Rasulullah, saya dari Yaman dan mempunyai seorang ibu yang sudah uzur. Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah melepaskan dia. Saya melepaskan ibu saya hanya ketika membuang hajat, ketika solat, atau istirehat, selain itu saya akan selalu menggendongnya.” Lalu anak muda itu bertanya : “Ya Rasulullah, apakah aku sudah termasuk ke dalam orang yang sudah berbakti kepada orang tua?” Nabi SAW sambil memeluk anak muda itu dan mengatakan: “Sungguh Allah redha kepadamu, kamu anak yang soleh, anak yang berbakti, tapi anakku ketahuilah, cinta orang tuamu tidak akan terbalaskan olehmu.” Dari hadis tersebut kita mendapat gambaran bahwa ternyata segala amal ibadat kita sememangnya tidak cukup untuk membalas cinta dan kebaikan orang tua kita, namun pada kadar yang minimum pun, kita sewajarnya memulainya dengan menjadi anak yang soleh. Di mana doa anak yang soleh atau solehah adalah dijamin akan dimakbulkan oleh Allah. Berbahagialah kita bila memiliki anak yang soleh atau solehah.

KELIMA, albiatu sholihah, iaitu memiliki lingkungan yang kondusif untuk iman kita. Yang dimaksudkan dengan lingkungan yang kondusif ialah kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi untuk menjadikannya sebagai sahabat karib kita, haruslah orang-orang yang mempunyai nilai tambah terhadap keimanan kita. Dalam sebuah hadisnya, Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk selalu bergaul dengan orang-orang yang soleh. Orang-orang yang soleh akan selalu mengajak kepada kebaikan dan mengingatkan kita apabila kita berbuat salah. Orang-orang yang soleh adalah seorang yang bahgia kerana nikmat iman dan nikmat Islam yang selalu terpancar pada cahaya wajahnya. Berbahagialah orang-orang yang selalu dikelilingi oleh orang-orang yang soleh.

KEENAM, Tafakuh fi dien, atau semangat untuk memahami agama. Semangat memahami agama diwujudkan dalam semangat memahami ilmu agama Islam. Semakin ia berlajar, maka semakin ia terangsang untuk berlajar lebih jauh lagi ilmu mengenai sifat-sifat Allah dan ciptaan-Nya. Allah menjanjikan nikmat bagi umat-Nya yang menuntut ilmu, semakin ia berlajar semkain cinta ia pada agamanya, semakin tinggi cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya. Cinta inilah yang kan memberikan cahaya bagi hatinya. Maka berbahagialah bagi orang yang penuh semangat memahami ilmu agama Islam.

KETUJUH, al malul halal, atau harta yang halal. Paradigma dalam Islam mengenai harta bukanlah banyaknya harta itu tetapi halalnya. Ini tidak bererti Islam tidak menyuruh umatnya untuk kaya. Dalam riwayat Imam Muslim di dalam bab sedekah, Rasulullah SAW pernah bertemu dengan seorang sahabat yang berdoa mengangkat tangan . “ Kamu berdoa sudah bagus,” kata Nabi SAW, “Namun sayang makanan, minuman dan pakaian dan tempat tinggalnya didapati secara haram, bagaimana doanya akan dimakbulkan.” Berbahagialah menjadi orang yang hartanya halal kerana doanya sangat mudah dikabulkan Allah.

Itulah dia 7 kunci kebahagiaan dalam hidup mengikut pandangan Ibnu Abbas ra salah seorang sahabat Nabi SAW. Alangkah beruntungnya bagi seseorang itu dapat mencapai ketujuh-tujuh perkara seperti diatas. Kenapa tidak kita sendiri yang memperolehinya??? Berusahalah menjadi insan yang bahagia dalam hidup ini, bahagia dalam erti kata sentiasa berada dalam pemerhatian Allah, dalam rahmat, keberkatan, perlindungan dan kasih sayang Allah. Rasailah betapa tingginya nikmat Islam itu apabila segala perbuatan, perlakuan dan pemikiran, segala-galanya disandarkan pada Allah SWT. Maha suci Allah, tiada Tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah. Wassalam.

Berikut adalah rencana yang di ambil dari ruangan Setitis Embun, Mingguan Wanita. Hasil tulisan oleh Mohd Huzairi b Zainuddin, Perunding Motivasi dan ditambah oleh Seri sendiri.

p/s: Kunci utama kehidupan hasil perbincangan Seri dengan seorang sahabat :- alQuran...baca, faham, hayati, kaji, ikut, buat...Wallahua'lam


Sunday, January 3, 2010

Selamat kembali bertugas..

Assalamualaikum...
Sekarang bermulalah sesi persekolaha baru pada tahun ini.. maka, ia merupakan sesi baru dalam hidup pekerjaanku... Macam2 perkara terjadi pada tahun lepas, kan.. Harap, semua dapat menjadikan perkara yang lepas itu pengajaran dan sempadan. Hidup ini sebuah pilihan. Andalah yang memilih,samaada untuk menjadi baik atau sebaliknya. emm Lama sudah saya tak 'update' blog ni. Kekangan waktu dan saya punyai sebab-sebab yang tersendiri.. Moga, tahun baru ini, saya dapat buat sesuatu yang terbaik buat diri saya, keluarga dan masyarakat.

'Tidakkah kamu memperhatikan, bahwa sesungguhnya Allah memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan Dia tundukkan matahari dan bulan masing-masing berjalan sampai kepada waktu yang ditentukan, dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.' (Luqman-29)

Jadi, mari kita sama-sama buat kebaikan untuk kepentingan bersama.. semoga bahagia di dunia dan akhirat..InsyaAllah..

*******

Sambungan..gambar di hari sukaneka...



Saturday, January 2, 2010

Majlis Anugarah Kecemerlangan Pelajar, SK SG Bayan


Tarian Ngajat oleh murid SK Sg Bayan..

Pemberian sijil berhenti sekolah kepada murid Tahun 6

Suasana Majlis.. eh.. jurukamera pun ada gak! :)

Barisan murid-murid SK Sg Bayan..2009
4 guru wanita single di Bayan..

Kenangan tahun lalu...
Kini tahun baru..buka buku baru lak...