AHLAN WA SAHLAN!

Selamat Datang ke blog Seritasnim...;)
Pengisian dalam sebuah perjalanan hidup..
Pengembaraan yang panjang untuk mengenal erti sebuah kehidupan. InshaaAllah, saya juga seorang pengedar sah SHAKLEE. Anda boleh dapatkan dari saya produku-produknya yang terbaik dari saya. Pos seluruh Malaysia, COD Mukah,Sarawak dan Kuantan, Pahang.

Saturday, July 24, 2010

35 PETUA PELAJAR CEMERLANG


Assalamualaikum..

Nak kongsi dengan kawan-kawan pasal petua pelajar cemerlang dari Dato' Dr Hj Fadzillah Kamsah. Saya tampal tips ni kat dalam kelas tahun 6..


Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah


1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

o kita ingat 10 % apayang dibaca

o kita ingat 20% apa yang didengar

o kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat

o kita ingat 70% apa yang dicakapkan

o kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.

o pastikan cahaya adalah terang

o kurangkan gangguan bunyi

o tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar

o tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran

o kerusi dan meja menghadap kiblat

o jangan lupa untuk senyum

6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

8. Tahu teknik merangsang memori:

o memasukkan maklumat dalam memori (registration)

o menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)

o mengingat kembali (recall)

o menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

9. Sentiasa awal dan mendahului:

o persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.

o pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.

o belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.

o untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

11. Mempunyai teknik membaca yang betul:

o duduk dengan tegak & bernafas dengan betul

o memberikan tumpuan sepanuhnya

o menggunakan jari telunjuk untuk membaca

o menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.

20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

22. Tahu petua mengulang kaji

o cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita

o siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna

o duduk tegak dikerusi yang selesa

o baca doa penerang hati

o baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul

o fikir dan ingat kembali isi utama

o catat/lakar

o semak semula ketepatan maklumat

o ulang sebut atau ceritakan pada orang lain

o buat rumusan

o jawab soalan

o tampal maklumat yang rumit di dinding

o baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:

o jangan makan kepala ikan

o jangan makan organ dalaman

o jangan minum semasa makan

o jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut

o jangan melihat kemaluan

o jangan melihat buih

o jangan membaca nama pada batu nisan

o banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain

o banyakkan makan kismis, kurma dan madu

o banyakkan makan kekacang

o pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan

o jangan makan sehingga terlalu kenyang

o jangan kencing berdiri

25. Tahu kemahiran mengingat:

o tampal nota-nota penting di dinding

o tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah

o gunakan kaedah akronim

o reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat

o pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

26. Cekap mengatur jadual belajar:

o mempunyai jadual belajar

o patuh kepada jadual

o buat jadual yang boleh diikuti

27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.

28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.

29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.

30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.

31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).

32. Pelbagaikan tempat belajar.

33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.

35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:

o taat kepada Allah

o mendirikan sembahyang

o menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka

o hormati & sayangi guru

o bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.

o suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari

o membantu rakan yang memerlukan

o berdoa dan bersyukur kepada Allah

o sentiasa bertawakal

o mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.

Saturday, July 3, 2010

2 minggu sudah berlalu..

Assalamualaikum untuk semua!!!

Syukur alhamdulillah atas segala nikmat yang diberikan oleh Allah kepada hamba-hamba Nya. Bersama-sama lah kita melimpahkan rasa kesyukuran kita pada Nya yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kini sudah 2 minggu diri Sri berada di Sarawak sejak buka sesi persekolahan ke dua untuk tahun ni. Kerja-kerja yang ditugaskan ada yang hampir selesai. :) Sekarang, kat sini, cuaca tak menentu..kejap hujan, kejap panas..tapi sekarang ni...asyik hujan je.... bimbang dengan keadaan jalan raya untuk ke tempat kerja. Rabu lepas, kerani sekolah dan seorang guru tidak dapat masuk ke sekolah..pasal jalan tak dapat dilalui oleh kereta-kereta kecil..jalan tanah tu berlubang besar dan ditambah pula dengan limpahan air hujan yang turun.. hati ku turut risau..bolehkah kami keluar Mukah pada Jumaat nanti.. Alhamdulillah..jalan itu terus dibaiki oleh pekerja membuat jalan tu.. hari Khamis..mereka dah boleh masuk..itu pun kata kerani sekolah yang menaiki Kancil..MyV xlepas jalan macam tu..pasal MyV rendah daripada kancil..risau hati lagi.. dalam hati..berdoa agar tidak hujan hari Jumaat nanti..tapi dari petang Khamis hujan turun dengan lebatnya..sampai malam..dan sampai la ke pagi..hati ini berdoa lagi agar hujan berhenti dalam jam 9 pagi..kalau lebih dari tue, alamatnye..kami keluar lewat atau tidak keluar ke bandar langsung lah hari tu..tapi Syukur sangat2..hujan berhenti sekitar pukul 9pg..sekolah habis jam 11.30pg. Jadi sempatlah air sungai kat jalan masuk ke sekolah kami ni surut dulu..:) alhamdulillah..perjalanan baik2 sahaja.

Perjalanan sejam sedikit memenatkan pada hari tu. Mujur juga tak banyak lori arang batu. Tak perlu untuk potong-memotong di jalan raya. Sampai je Mukah, terus singgah kedai makan. Makan dulu sebelum balik rumah. Sampai rumah boleh rehat je terus. Lagipun di rumah sewa tiada bekalan makanan. Usai mandi dan solat, rasa badan betul-betul tak sihat. Terus tidur. Set jam sejam. Bangun je rasa pening kepala.Mungkin sebab terkena hujan pada petang Khamis semalam. Gagahkan diri juga..pasal nak keluarkan kereta..housemate nak keluar..keretanya di dalam..jadi saya kene lah keluarkan kereta saya..dan saya nak pergi hantar kete ke 'car wash' untuk di cuci. Maklum lah..jalan tanah basah..bahagian bawah kereta perlu di cuci. Pergi ke kedai pertama, tutup. Pergi kedai kedua, banyak kereta. Tapi masuk jugak. Dan jadilah saya custemor yang last pada hari tu. Balik dalam 6.45mlm. Lewatnye.. nakk pergi tempat lain pada awal tadi, tak nak. Sebab kedai ni cuci bersih bahagian bawah. Mahal pun, puas hati. RM 15. Luar dan bawah kereta. kalau tempat yang pertama dapat RM8 je. Bersih jugak. Ada kedai lain, RM10 luar, bawah dan dalam, tapi kurang bersih. Tak best! Nak guna kete tahan lama, kene la jaga elok-elok. Bayar pun mahal. lagi kene jaga elok-elok. Tapi saya ni tak pandai jugak nak tengok-tengok part enjin kete ni.. kene belajar lagi. Di sebabkan sakit kepala, jadi saya tidur awal semalam. Pukul 10mlm. Tapi macam tak awal je.hihi.

Bangun subuh, xpening dah..cuma badan rasa sejuk je.. pukul 8.30pg nak keluar..ada hal sikit. Pastu pergi isi minyak kete lagi..pergi beli sarapan tuk kawan-kawan. Nasi Lemak. :) my favourite! Masalah tak dapat di selesaikan..teruskan ke kedai fostostat, bahan PEKA Sc thn 6. Buat sikit lagi. Pastu siaplah semua. ;) Tetiba dekat tengahari tadi..sakit pulak kepala..balik rumah..tidur..sampai hilang pening..kul 1.30 tghr bangun, ok dah sikit.. tapi tak baik lagi demamnye..malam ni la makan ubat.. nampaknye demam tak nak baik sendiri..nak kene makan ubat jugak..hmm.. kafarah dosa la ni... semoga terhapus dosa-dosa kecil ku. Nak masak minum air panas la.. k..nak pergi masak air..minum petang.. take care semua..ada masa nanti saya sambung lagi.