AHLAN WA SAHLAN!
Wednesday, May 19, 2010
Esok..
Wednesday, May 12, 2010
Perkara yang perlu di uruskan pada minggu-minggu terakhir persekolahan sebelum cuti penggal
Sunday, May 9, 2010
Selamat Hari Ibu!!!
Saturday, April 10, 2010
Andai ku tahu!
Di suatu petang yang sunyi...

Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…
Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…
Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu
Ya Allah, jika benar dia ini merupakan lelaki yang baik untuk ku di dunia yang sementara ini, lelaki yang dapat meningkatkan lagi cintaku padaMu, meningkatkan lagi ibadatku padaMu, yang dapat mententeramkan hatiku dikala duka dan bersama-samaku ketika suka..maka ya Allah..tenangkanlah hatiku dan yakinkanlah hatiku untuk terus setia padanya..
dari Hamba Allah
Friday, April 9, 2010
April 2010

Assalamualaikum..dan Salam sejahtera..
Thursday, February 25, 2010
Pengembaraan bermula...:)
Hari ini hari Khamis..hari terakhir persekolahan bagi minggu ini. Esok, Jumaat, cuti umum Maulidur Rasul. Sesi mengajar berjalan seperti biasa..Hari ini, walaupun hari batik seMalaysia..tapi aku hanya pakai baju T-shirt dan seluar track sahaja..kerana aku mengajar PJK pada waktu pagi di sekolah.. Tidak ramai guru yang ada di sekolah pada hari ini..GB terpaksa ke Sekolah Pengkalan Lubang untuk bermesyuarat..Katanya..sekolah itu menghadapi masalah..hampir nak roboh..jadi murid-murid perlu dipindahkan ke sekolah lain. Sekolah aku ini adalah yang berdekatan dengan sekolah itu..Jadi, beberapa orang murid dari sekolah itu akan masuk ke sekolah ini..Ia bergantung juga pada kebenaran ibu bapa murid..Kalau di ikutkan, kuota asrama sekolah ku ini hanya dapat memuatkan murid lelaki sahaja lah..asrama perempuan sudah penuh..Guru dari sekolah itu juga akan masuk ke sekolah ini..juga guru lelaki lah yang boleh masuk ke sekolah ku ini..kerana kuarters yang kosong adalah kuarters guru lelaki sahaja..kuarters guru perempuan sudah penuh..
Saturday, February 20, 2010
Sabtu yang mendung..
Friday, February 19, 2010
My Sister's Wedding


Tanggal 15 Februari 2010..tamatlah zaman bujang bagi kakak ku yang sorang tu..hihi.. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar..9.00 pagi, keluarga dan pengantin bertolak ke Surau Taman Beserah untuk Majlis akad nikah..Ketibaan pengantin lelaki sekitar pukul 1 tengahari...acara lalu bawah pedang pun ada... seterusnya acara menepung tawar oleh kedua-dua belah keluarga pengantin..diteruskan lagi dengan acara memotong kek oleh pasangan pengantin... akhir sekali..sesi bergambar..Saya jadi pengapit tuk kakak saya..
Wednesday, February 10, 2010
Hari-Hari berbeza...
Kenapa pulak tajuk nya begitu sih?? hihihi...petang tadi, tetiba dapat sms dari kerani, taklimat ditunda pada 24 feb 2010..(Rabu)..hihi...adui la..awat hari Rabu?? dah plan elok2 dah tuk Khamis naik cuti tu, tapi ada perubahan pulak..terpaksa la ubah plan. Harapnye tiada apa-apa masalah nanti. Esok aku akan keluar Mukah..dapat tumpang Cgu Bunsu ke Mukah..kebetulan dia mahu membawa isterinya ke Hospital, wat pemeriksaan perut..bakal dapat anak ke-3 ni..Tahniah buat Cgu Bunsu ya! Tak sabar nak pulang ke kampung!!!:)
Tuesday, February 9, 2010
Mood: Happy :)
Assalamualaikum...
Saturday, February 6, 2010
:).....
Sunday, January 17, 2010
7 KUNCI KEBAHAGIAAN HIDUP..
7 KEBAHAGIAAN DALAM HIDUP
Assalamualaikum dan salam persaudaraan buat semua..
Ibnu Abbas ra. Adalah salah seorang sahabat Nabi SAW pernah ditanya pada suatu hari mengenai apa yang dimaksudkan dengan kebahagiaan. Ibnu Abbas telah menjawab dengn mengatakan bahawa terdapat 7 kunci kebahagiaan hidup di dunia, iaitu:
PERTAMA, Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh. Pasangan hidup yang solah akan menciptakan suasana rumah dan keluarga yang soleh pula. Di akhirat kelak seorang suami (sebagai imam keluarga) akan diminta pertanggungjawabkan dalam mengajak isteri dan anaknya kepada amal kesolehan. Berbahagialah menjadi seorang isteri bila memiliki suami yang soleh, yang pasti akan bekerja keras untuk mengajak isteri dan kesemua anak-anaknya menjadi Muslin yang soleh. Demikian pula seorang isteri yang soleh akan memiliki kesabaran dan keihklasan yang luar biasa dalam melayan suaminya. Maka berbahagialah menjadi seorang suami yang memiliki isteri yang soleh.
KEDUA, Qalbun syakiran atau hati yang sentiasa bersyukur. Memiliki jiwa syukur bererti selalu menerima sekadar apa adanya (qona’ah), inilah nikmat bagi hati yang selalu bersyukur. Seseorang yang pandai bersyukur mudah memahami sifat-sifat Allah SWT, sehingga apa pun yang diberikan oleh Allah tetap diterimanya dengan dada yang terbuka malah sentiasa redha dengan keputusan yang telah Allah tetapkan. Maka berbahagialah kepada orang yang pandai bersyukur.
KETIGA, iaitu memiliki umur yang berkat. Maknanya, umur yang semakin tua semakin soleh dan setiap detik masa akan diisi dengan membuat amal ibadat. Orang yang mengisi umurnya dengan banyak mempersiapkan diri untuk bekalan akhirat (melalui amal ibadat) maka semakin tua semakin rindu ia untuk bertemu dengan Sang Penciptanya. Inilah semangat ‘hidup’ orang-orang yang berkat umurnya, maka berbahagialah orang-orang yang telah dianugerahkan umur yang berkat.
KEEMPAT, al auladun abrar, iaitu memiliki anak yang soleh dan solehah. Di kala Rasulullah SAW sedang bertawaf, Rasulullah SAW telah bertemu dengan seorang anak muda yang memiliki badan yang sedang melecet. Setelah selesai tawaf, Rasulullah SAW lalu bertanya kepada anak muda itu : “Kenapa dengan badan mu itu?” Jawab anak muda itu : “ Ya Rasulullah, saya dari Yaman dan mempunyai seorang ibu yang sudah uzur. Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah melepaskan dia. Saya melepaskan ibu saya hanya ketika membuang hajat, ketika solat, atau istirehat, selain itu saya akan selalu menggendongnya.” Lalu anak muda itu bertanya : “Ya Rasulullah, apakah aku sudah termasuk ke dalam orang yang sudah berbakti kepada orang tua?” Nabi SAW sambil memeluk anak muda itu dan mengatakan: “Sungguh Allah redha kepadamu, kamu anak yang soleh, anak yang berbakti, tapi anakku ketahuilah, cinta orang tuamu tidak akan terbalaskan olehmu.” Dari hadis tersebut kita mendapat gambaran bahwa ternyata segala amal ibadat kita sememangnya tidak cukup untuk membalas cinta dan kebaikan orang tua kita, namun pada kadar yang minimum pun, kita sewajarnya memulainya dengan menjadi anak yang soleh. Di mana doa anak yang soleh atau solehah adalah dijamin akan dimakbulkan oleh Allah. Berbahagialah kita bila memiliki anak yang soleh atau solehah.
KELIMA, albiatu sholihah, iaitu memiliki lingkungan yang kondusif untuk iman kita. Yang dimaksudkan dengan lingkungan yang kondusif ialah kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi untuk menjadikannya sebagai sahabat karib kita, haruslah orang-orang yang mempunyai nilai tambah terhadap keimanan kita. Dalam sebuah hadisnya, Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk selalu bergaul dengan orang-orang yang soleh. Orang-orang yang soleh akan selalu mengajak kepada kebaikan dan mengingatkan kita apabila kita berbuat salah. Orang-orang yang soleh adalah seorang yang bahgia kerana nikmat iman dan nikmat Islam yang selalu terpancar pada cahaya wajahnya. Berbahagialah orang-orang yang selalu dikelilingi oleh orang-orang yang soleh.
KEENAM, Tafakuh fi dien, atau semangat untuk memahami agama. Semangat memahami agama diwujudkan dalam semangat memahami ilmu agama Islam. Semakin ia berlajar, maka semakin ia terangsang untuk berlajar lebih jauh lagi ilmu mengenai sifat-sifat Allah dan ciptaan-Nya. Allah menjanjikan nikmat bagi umat-Nya yang menuntut ilmu, semakin ia berlajar semkain cinta ia pada agamanya, semakin tinggi cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya. Cinta inilah yang kan memberikan cahaya bagi hatinya. Maka berbahagialah bagi orang yang penuh semangat memahami ilmu agama Islam.
KETUJUH, al malul halal, atau harta yang halal. Paradigma dalam Islam mengenai harta bukanlah banyaknya harta itu tetapi halalnya. Ini tidak bererti Islam tidak menyuruh umatnya untuk kaya. Dalam riwayat Imam Muslim di dalam bab sedekah, Rasulullah SAW pernah bertemu dengan seorang sahabat yang berdoa mengangkat tangan . “ Kamu berdoa sudah bagus,” kata Nabi SAW, “Namun sayang makanan, minuman dan pakaian dan tempat tinggalnya didapati secara haram, bagaimana doanya akan dimakbulkan.” Berbahagialah menjadi orang yang hartanya halal kerana doanya sangat mudah dikabulkan Allah.
Itulah dia 7 kunci kebahagiaan dalam hidup mengikut pandangan Ibnu Abbas ra salah seorang sahabat Nabi SAW. Alangkah beruntungnya bagi seseorang itu dapat mencapai ketujuh-tujuh perkara seperti diatas. Kenapa tidak kita sendiri yang memperolehinya??? Berusahalah menjadi insan yang bahagia dalam hidup ini, bahagia dalam erti kata sentiasa berada dalam pemerhatian Allah, dalam rahmat, keberkatan, perlindungan dan kasih sayang Allah. Rasailah betapa tingginya nikmat Islam itu apabila segala perbuatan, perlakuan dan pemikiran, segala-galanya disandarkan pada Allah SWT. Maha suci Allah, tiada Tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah. Wassalam.
Berikut adalah rencana yang di ambil dari ruangan Setitis Embun, Mingguan Wanita. Hasil tulisan oleh Mohd Huzairi b Zainuddin, Perunding Motivasi dan ditambah oleh Seri sendiri.
p/s: Kunci utama kehidupan hasil perbincangan Seri dengan seorang sahabat :- alQuran...baca, faham, hayati, kaji, ikut, buat...Wallahua'lam
