AHLAN WA SAHLAN!

Selamat Datang ke blog Seritasnim...;)
Pengisian dalam sebuah perjalanan hidup..
Pengembaraan yang panjang untuk mengenal erti sebuah kehidupan. InshaaAllah, saya juga seorang pengedar sah SHAKLEE. Anda boleh dapatkan dari saya produku-produknya yang terbaik dari saya. Pos seluruh Malaysia, COD Mukah,Sarawak dan Kuantan, Pahang.

Saturday, July 3, 2010

2 minggu sudah berlalu..

Assalamualaikum untuk semua!!!

Syukur alhamdulillah atas segala nikmat yang diberikan oleh Allah kepada hamba-hamba Nya. Bersama-sama lah kita melimpahkan rasa kesyukuran kita pada Nya yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kini sudah 2 minggu diri Sri berada di Sarawak sejak buka sesi persekolahan ke dua untuk tahun ni. Kerja-kerja yang ditugaskan ada yang hampir selesai. :) Sekarang, kat sini, cuaca tak menentu..kejap hujan, kejap panas..tapi sekarang ni...asyik hujan je.... bimbang dengan keadaan jalan raya untuk ke tempat kerja. Rabu lepas, kerani sekolah dan seorang guru tidak dapat masuk ke sekolah..pasal jalan tak dapat dilalui oleh kereta-kereta kecil..jalan tanah tu berlubang besar dan ditambah pula dengan limpahan air hujan yang turun.. hati ku turut risau..bolehkah kami keluar Mukah pada Jumaat nanti.. Alhamdulillah..jalan itu terus dibaiki oleh pekerja membuat jalan tu.. hari Khamis..mereka dah boleh masuk..itu pun kata kerani sekolah yang menaiki Kancil..MyV xlepas jalan macam tu..pasal MyV rendah daripada kancil..risau hati lagi.. dalam hati..berdoa agar tidak hujan hari Jumaat nanti..tapi dari petang Khamis hujan turun dengan lebatnya..sampai malam..dan sampai la ke pagi..hati ini berdoa lagi agar hujan berhenti dalam jam 9 pagi..kalau lebih dari tue, alamatnye..kami keluar lewat atau tidak keluar ke bandar langsung lah hari tu..tapi Syukur sangat2..hujan berhenti sekitar pukul 9pg..sekolah habis jam 11.30pg. Jadi sempatlah air sungai kat jalan masuk ke sekolah kami ni surut dulu..:) alhamdulillah..perjalanan baik2 sahaja.

Perjalanan sejam sedikit memenatkan pada hari tu. Mujur juga tak banyak lori arang batu. Tak perlu untuk potong-memotong di jalan raya. Sampai je Mukah, terus singgah kedai makan. Makan dulu sebelum balik rumah. Sampai rumah boleh rehat je terus. Lagipun di rumah sewa tiada bekalan makanan. Usai mandi dan solat, rasa badan betul-betul tak sihat. Terus tidur. Set jam sejam. Bangun je rasa pening kepala.Mungkin sebab terkena hujan pada petang Khamis semalam. Gagahkan diri juga..pasal nak keluarkan kereta..housemate nak keluar..keretanya di dalam..jadi saya kene lah keluarkan kereta saya..dan saya nak pergi hantar kete ke 'car wash' untuk di cuci. Maklum lah..jalan tanah basah..bahagian bawah kereta perlu di cuci. Pergi ke kedai pertama, tutup. Pergi kedai kedua, banyak kereta. Tapi masuk jugak. Dan jadilah saya custemor yang last pada hari tu. Balik dalam 6.45mlm. Lewatnye.. nakk pergi tempat lain pada awal tadi, tak nak. Sebab kedai ni cuci bersih bahagian bawah. Mahal pun, puas hati. RM 15. Luar dan bawah kereta. kalau tempat yang pertama dapat RM8 je. Bersih jugak. Ada kedai lain, RM10 luar, bawah dan dalam, tapi kurang bersih. Tak best! Nak guna kete tahan lama, kene la jaga elok-elok. Bayar pun mahal. lagi kene jaga elok-elok. Tapi saya ni tak pandai jugak nak tengok-tengok part enjin kete ni.. kene belajar lagi. Di sebabkan sakit kepala, jadi saya tidur awal semalam. Pukul 10mlm. Tapi macam tak awal je.hihi.

Bangun subuh, xpening dah..cuma badan rasa sejuk je.. pukul 8.30pg nak keluar..ada hal sikit. Pastu pergi isi minyak kete lagi..pergi beli sarapan tuk kawan-kawan. Nasi Lemak. :) my favourite! Masalah tak dapat di selesaikan..teruskan ke kedai fostostat, bahan PEKA Sc thn 6. Buat sikit lagi. Pastu siaplah semua. ;) Tetiba dekat tengahari tadi..sakit pulak kepala..balik rumah..tidur..sampai hilang pening..kul 1.30 tghr bangun, ok dah sikit.. tapi tak baik lagi demamnye..malam ni la makan ubat.. nampaknye demam tak nak baik sendiri..nak kene makan ubat jugak..hmm.. kafarah dosa la ni... semoga terhapus dosa-dosa kecil ku. Nak masak minum air panas la.. k..nak pergi masak air..minum petang.. take care semua..ada masa nanti saya sambung lagi.

Wednesday, June 16, 2010

2 hari lagi...


Apa yang lagi dua hari tu??? mesti tertanya-tanya kan..:) sebenarnya, lagi dua hari untuk diriku berada di kampung halaman sendiri sebelum bertolak ke negeri orang..iaitu Sarawak, tempat ku bertugas..perjalanan mengambil masa dua hari untuk diriku sampai ke Mukah, Sarawak. Belum lagi bergerak, diriku sudah merasa kepenatan nye..Yang pasti, seharian diriku ini akan berada di lapangan terbang pada hari Sabtu nanti..terpaksa bermalam di Bintulu kerana masa penerbangan ke Bintulu telah di ubah oleh syarikat penerbangan yang ku naiki. Pagi Ahad, akan menaiki bas ke Mukah..yang mengambil masa 5 jam perjalanan. Tak dapat masuk ke sekolah awal. Timbul perasaan takut pula..bagaimanalah keadaan jalan raya ke sekolah ku itu..Selama 3 minggu tidak memandu kereta di jalan yang belum siap itu..harapnye jalan itu sudah baik sedikit dari sebelumnya...argh..mungkinkah?? aku rasa jalan itu masih lagi seperti dulu..Semoga Allah memudahkan perjalananku..dan semoga jalan tu dah nak siap.. dan semoga kesihatan fizikal, mental dan rohani dalam keadaan yang baik..
Apa yang nak di buat pada hari pertama persekolahan itu nanti ye??
1. Masukkan markah peperiksaan ke dalam buku rekod
2. Minta pada semua guru kelas memenuhkan buku rekod markah kelas masing-masing dan berikan padaku selewatnya hari Rabu (saya nak key in markah dalam program SAPR)
3. Mengingatkan guru kelas mengedarkan buku rekod murid pada hujung minggu ni (saya pun terlibat sama, sebab saya pun guru kelas :) )
4.Masuk dalam kelas tahun 6 ;- kutip semua latihan waktu cuti untuk disemak, kotakan janji pada murid yang tidak siap latihan tersebut; satu lagi pembetulan exam
5. Kelas tahun 5, 2, 4:- bincang kertas soalan peperiksaan

Perkara yang perlu diberi perhatian pada minggu pertama:-
1. PEKA Sains (tahun 6 & 5; pantau tahun yang lain)
2. PLBS BI (year 5 only)
3. Fail-fail SU peperiksaan ( Persediaan untuk Peperiksaan Percubaan UPSR; buat taklimat ringkas pada murid tahun 6 untuk menghadapi peperiksaan ini dari segi menanda borang OMR, hafal no angka giliran, no surat beranak)
4. Fail MACS
5. Kursus MBI yang seterusnya bila tarikhnya??

Pesanan akhir buat diri sendiri: Kerja ikhlas kerana Allah..mendidik manusia untuk menjadi manusia..kerja dengan baik agar diberkati Allah.. gunakan masa sebaiknya..

Diriku:
1. Guru Kelas murid tahun 6
2. S/u Peperiksaan sekolah
3. S/u Macs
4. Guru Penasihat BSMM
5. Guru Penasihat Bola Jaring
6. Subjek yang di ajar: Sains, B.I., PJK, PSK, P.Moral

Namun yang utama..diriku adalah hamba Yang Maha Esa, Taat pada Allah, taat pada Rasul.



Tempoh Percubaan..13 Jun 2010 hingga.....???

Bukan kacang sebarang kacang,
Kacang melilit si kayu jati,
Bukan datang sebarang datang,
Datang membawa hajat di hati.
~30 Mei 2010~

Abang Abu duduk bermenung,
Mari berjalan Kampung Tembirat,
Hendak mengikat ekor burung,
Ambillah cincin ini sebagai pengikat.
~13 Jun 2010~

Selesai sudah majlis peminanganku pada 13 Jun lalu..maka bermulalah tempoh percubaan bagi diriku dan dirinya...

Nasihat seorang teman : "Semoga sentiasa menjaga 'agama' sebelum hidup bersama ^_^"
Nasihat tetamu yang hadir: "Jaga diri baik-baik"


**********************

Tuesday, June 8, 2010

Warna-warna dalam hidupku..


Oren membuatkan ku ceria,
Hijau membuatkanku tenang,
Pink membuat diriku tersenyum.


Monday, June 7, 2010

Ya Allah mudahkanlah...

Lamarannya menggamit hatiku,
menerjah fikiran ku kini,
sekiranya benar dia diciptakan untukku,
di dunia yang sementara ini,
maka dengan senang hatinya diriku menerimanya.


Impianku ingin menggapai tangan ke langit,
bagi memacu hidupku ke arah mardhatillah,
dalam hidupku dan dalam kehidupannya,
harapanku agar dia dapat menjaga agamanya,
dalam dirinya, dalam keluarganya, dalam masyarakat..
kerna hidup ini tidak boleh sendiri,
perlunya berpadu,
agar diri tetap kukuh dalam mengharungi badai yang datang,
yang sentiasa bergelora.

Harapanku lagi, agar ia dapat menjadi penenangku,
dikala hati kegelisahan, dikala hati kemurungan,
tenanglah aku dengan ingatan-ingatan dari Nya,
tenangkanlah aku dengan peringatan dari sunnah Nabi,
kerna itu yang berharga,
kerna itu sahaja yang dapat menenangkan diriku.


Akan kuberikan yang terbaik buatnya,
akan kucuba membina diri,
menjadi insan solehah,
kerna itu saja aset ku,
untuk mencapai syurga di sana.

Bantulah diriku ini untuk itu,
dan diriku juga akan menjaga dirimu
dengan panduan dari sunnah Nabi dan panduan AlQuran nur karim.


Moga kami beroleh petunjuk,
moga kami beroleh hidayah,
moga aku boleh bersedia, untuk menempuhi hari itu,
Hari itu lah yang kutunggu,
bagi melaksanakan kewajipan hidupku,
bagi mendekatkan diriku lebih lagi padaMU.

Moga jalan yang bakal ku tempuh nanti,
sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Mu.
Tiada aku tanpaMU.

Wallahua'lam.

Wednesday, May 19, 2010

Esok..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Esok hari Khamis, akan diadakan sambutan hari guru peringkat sekolah. Persiapan yang ala kadar sahaja di buat berikutan ramai guru yang terlibat dengan kursus MBI selama 3 hari sebelum sambutan diadakan. Saya ditugaskan sebagai Ajk persembahan hanya mampu membuat latihan sekali sahaja..kerana saya juga mengikuti kursus itu..Di harap sambutan pada hari esok akan berjalan dengan lancar...

Jumaat akan ke Mukah.. then minggu depan 4 hari je sesi persekolahan.. minggu depan murid-murid akan duduki peperiksaan pertengahan tahun..kebanyakan sekolah di Mukah sudah habis exam pada nimggu ni..tapi sekolah saya blum lagi.. emm.. saya xtengok jadual exam lagi..rasanya sama macam sebelum ni. Subjek Sains mesti pada hari terakhir.. emmm..macammane saya nak siapkan tanda semua paper sebelum pulang ke kampung?? malas nak bawak balik kampung..mengganggu kerehatan cuti pertengahan tahun.. xpelah..sycuba habiskan menanda kertas pada 27 hb tu jugak.. flight ke KL 28 hb dari Bintulu ke KL.. ikut jangkaan saya akan terlepas flight MAS ke Kuantan malam tu..ikut perbincangan dengan famili, famili akan ambil saya di LCCT pada malam tu nanti...mata dah mengantuk dah ni..tapi badan tak terasa nak berehat, masih kekenyangan makan mee goreng mamak di kedai Mas Corner petang tadi..
Esok pagi saya akan bertolak ke sekolah seawal jam 6.00 pagi..saya sendri akan drive ke sana.. sudah masuk 2 bulan membawa si kelabu keluar masuk bayan.. sudah mencapai 1373 km perjalanan kereta tu.. adat berkereta..tak kene apa2 xsah.. cukup sebulan, terhantuk depan kete dgn jalan yang berlubang dan bebonggol ketika nak masuk Bayan.. dan calar2 pada body kereta tu sudah ada seawal masuk kali pertama lagi..ye lah..mahu mengelak lubang, kereta masuk la ke semak sikit.. bukan semak biasa..lalang-lalang yang panjang dan keras.. kuperhatikan body kereta ku itu..kebanyakan kawasan calar adalah di bahagian kanan, belah pemandu.. tak mengapalah..semoga dengan adanya kereta itu dapat memberi kebaikan buatku dalam beribadat padanya..alhamdulillah..nasibku ini lebih baik dari orang lain.. kuharap, Allah akan sentiasa melindungi ku dari segala bahaya dalam setiap perjalanan ku keluar masuk ke Bayan.
Sesekali ku teringatkan kata-kata rakanku.. "emm..dah berkereta..xdapat langsung menyimpan...".. kuharap perkara itu xberlaku padaku.. yup benar..cukup setahun umur kereta itu bersamaku..aku perlu mambayar insuran dalam harga RM 1+++.oo ..aku telah diingatkan oleh ibuku supaya berjimat cermat dan simpan duit untuk membayar insurans tu..aku ingat itu.. Semoga Allah memberkati rezeki ku dan murahkan rezeki ku... ameen, ameen..

Wednesday, May 12, 2010

Perkara yang perlu di uruskan pada minggu-minggu terakhir persekolahan sebelum cuti penggal

1) Siapkan soalan peperiksaan penggal 1 (stakat ni 2 paper lagi belum siap)
2) Pertandingan bola jaring antara kumpulan peringkat sekolah (18hb 5)
3) Sambutan hari guru pada 20hb 5 peringkat sekolah - siapkan buku program dan persembahan
4) PLBS BI
5) PEKA Sains 6 dan 5

:)... chaiyok2...

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu!!!


SELAMAT HARI IBU
BUAT IBU KU
SALMAH ABD GHANI..

SEMOGA DALAM LINDUNGAN ILLAHI SETIAP WAKTU!!
AMEEN.

I LOVE U MOM!!

Saturday, April 10, 2010

Andai ku tahu!

andai kutahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku


aku takut
akan semua dosa dosaku
aku takut
dosa yang terus membayangikua

andai kutahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucapkan kata tobat padaMu

ampuni aku
dari segala dosa dosaku
ampuni aku
menangisku bertobat padamu

aku manusia
yang takut neraka
namun aku juga
tak pantas di surga

Sudahkah anda bertaubat pada hari ini????
Kalau belum, lakukanlah sebelum terlewat.

Di suatu petang yang sunyi...


Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu


Ya Allah, jika benar dia ini merupakan lelaki yang baik untuk ku di dunia yang sementara ini, lelaki yang dapat meningkatkan lagi cintaku padaMu, meningkatkan lagi ibadatku padaMu, yang dapat mententeramkan hatiku dikala duka dan bersama-samaku ketika suka..maka ya Allah..tenangkanlah hatiku dan yakinkanlah hatiku untuk terus setia padanya..

Ya Allah, aku mohon kekuatan dari Mu untuk menghadapi segala ujian yang Engkau berikan padaku. Ya Allah..titipkanlah rasa kasih dan sayang antara kami berdua dan peliharalah hubungan kami daripada perkara-perkara yang tidak Engkau redhai..Ameen Ya Rabbal Alamin..

dari Hamba Allah

Friday, April 9, 2010

April 2010


Assalamualaikum..dan Salam sejahtera..

ermm,... memang saya dah lama tak update blog ni kan.. Alhamdulillah.. syukur kepada Allah atas segala nikmat dan hinayah dari-Nya...maaf atas kurang perkongsian cerita kepada semua rakan-rakan sejak 2 menjak ni.

Sekarang, di sekolah sedang sibuk dengan persediaan pertandingan bercerita peringkat daerah Mukah dan latihan bola jaring pada setiap petang juga untuk pertandingan peringkat daerah juga. Seperti biasa, kelas bimbingan murid tahun 6 dijalankan pada waktu petang jam 2.30-3.30 ptg. Malam kelas gerak gempur, khusus untuk murid tahun 6 juga, dibuat pada jam 7.30-8.30 mlm.
So, duduk di Bayan, macam sama je duk di semenanjung..tapi tak mengapa, saya suka. Boleh isi masa yang ada.. cuma kene persediaan mental dan fizikal. badan kene sihat, baru minda cergas! betul tak??

Mungkin gambar di atas tu tak berkaitan dengan apa yang saya ceritakan di atas. Itu sebenarnya gambar saya bercuti di Kota Kinabalu, Sabah. Alhamdulillah, sampai juga ana di sana..Sebuah bandar yang besar dan maju.. penuh dengan aktiviti perlancongan..pelbagai jenis manusia ada. :)

k, sampai sini la dulu.. bye!!


Thursday, February 25, 2010

Pengembaraan bermula...:)



Hari ini hari Khamis..hari terakhir persekolahan bagi minggu ini. Esok, Jumaat, cuti umum Maulidur Rasul. Sesi mengajar berjalan seperti biasa..Hari ini, walaupun hari batik seMalaysia..tapi aku hanya pakai baju T-shirt dan seluar track sahaja..kerana aku mengajar PJK pada waktu pagi di sekolah.. Tidak ramai guru yang ada di sekolah pada hari ini..GB terpaksa ke Sekolah Pengkalan Lubang untuk bermesyuarat..Katanya..sekolah itu menghadapi masalah..hampir nak roboh..jadi murid-murid perlu dipindahkan ke sekolah lain. Sekolah aku ini adalah yang berdekatan dengan sekolah itu..Jadi, beberapa orang murid dari sekolah itu akan masuk ke sekolah ini..Ia bergantung juga pada kebenaran ibu bapa murid..Kalau di ikutkan, kuota asrama sekolah ku ini hanya dapat memuatkan murid lelaki sahaja lah..asrama perempuan sudah penuh..Guru dari sekolah itu juga akan masuk ke sekolah ini..juga guru lelaki lah yang boleh masuk ke sekolah ku ini..kerana kuarters yang kosong adalah kuarters guru lelaki sahaja..kuarters guru perempuan sudah penuh..

owh..hampir terlupa nak bercerita pasal hari ini.. guru PK Hem juga tiada kerana ada taklimat di PPD. Jadi kami dah kekurangan transport untuk ke Mukah...Biasanya tiada masalah pengangkutan, kerana kami akan tumpang Cikgu Bunsu ke Mukah..tapi kali ini, Cikgu Bunsu mahu keluar bersama keluarganya..jadi kereta Dmax nya itu sudah penuh..terkejut mendengar berita itu ketika semua guru dan kerani sudah meninggalkan Bayan..Cikgu Bunsu senang hati sahaja untuk masuk Bayan semula dan menghantar kami bertiga ke Mukah pada pukul 5 ptg..tapi kami tidak sampai hati untuk menyusahkan nya..keluar dua kali ke Mukah..Walaupun sejam sahaja hendak ke Mukah, tapi perjalanan sejam itu amat memenatkan disebabkan jalan masih rosak. Jadi, kami membuat keputusan untuk naik bersama Cikgu Bunsu sampai ke simpang Bayan sahaja..masa dalam 20 minit untuk keluar. Dmax boleh memuatkan 5 orang sahaja..tapi tadi..kami naik 7 dewasa 1budak di dalam Dmax, dan 3 orang budak lagi di belakangnya.. Kesian melihat budak-budak itu di belakang..setakat jalan dari sekolah ke simpang Bayan tu, ok lah..jalan tak teruk mana..tapi kalau jalan dari simpang Bayan ke Mukah..jalan memang teruk..dan berdebu..kami pun tak rela melihat budak-budak alami keadaan itu..Alhamdulillah, Tuhan permudahkan urusan kami.. Sampai sahaja di Simpang Bayan tu..selepas mengambil beg sandang ku, ku pandang belakang..owh..bas telah sampai..ape lagi kami..dengan gembira dan syukurnya terus naik bas..Bas Suria..Bas Suria ok la sikit dari Bas Lanang..pemandu dia berhemah..jalan yang berlubang-lubang dipandunya bas itu dengan berhati-hati.. tak lah sampai melompat-lompat kami dalam bas, macam bas Lanang..hihihi. Tak ramai penumpang, syukur lagi..sebab kami tak perlu berdiri..hanya ada 4 orang sahaja penumpang termasuk pemandu..jadi campur kami jadi 7 la..:)

Alhamdulillah..perjalanan selamat sampai ke Mukah..dalam perjalanan tu..sempat lagi Bas Lanang memintas Bas Suria....huhuhu..laju amat..aku yang berniat untuk tidur di dalam perjalanan, langsung tidak tido.. kawan aku pula yang terlentok-lentok kepala..terlena di dalam bas..hihi.. macam-macam ragam ada...Simpang Bayan ke Mukah..RM 5...:)


Saturday, February 20, 2010

Sabtu yang mendung..













Bunga pink.....

Pagi hari ni hujan turun di Mukah..sampai kul 10 pg baru reda..plan nak buat hari ni tertangguh.. hmm ada skit perkara yang belum settle untuk laksanakan plan hari ni...
Alhamdulillah, segala urusanku semalam baik-baik belaka...walaupun ada sedikit halangan, tapi ok la.. bermula dari perjalanan balik dari sekolah tu..terpaksa pulak kawanku patah balik ke sekolah kerana dia dan sorang lagi rakan ku tertinggal barang.. walaupun hari semalam hujan..tapi tak lebat sangat dan jalan keluar pun ok la..xteruk sangat... harap esok tak hujan..supaya mudah perjalanan masuk ke sekolah nanti...
Minggu hadapan..aku akan keluar pada hari Selasa ke Mukah.. harap kerani sekolah pun keluar, sebab boleh aku tumpang dia sama..hari rabu ada taklimat di PPD Mukah...sehari.. Khamis kerja..Jumaat cuti... nak pergi mana ye Jumaat tu??? ermmm..cuti 3 hari..Maulid Nabi Jumaat tu.. ape nak buat ye...