Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menapak di Kuantan tepat jam 10.00pg Khamis lalu di airport Kuantan. Ketibaanku disambut oleh kedua orang tuaku...aku orang pertama yang pulang ke kampung pada kali ini. Rupanya adik ku juga sampai malam ini...pukul 4pagi.. dan esok harinya abangku pula tiba dari Kedah, drive sendiri dari sana.. 12 jam perjalanan.. tapi tidak boleh menandingi ku.. yang mengambil masa 24jam untuk sampai kerumah... 10.00 pagi dari sekolah --> Mukah --> Kuching --> Lcct --> Klia --> tiba 10.00 pagi hari berikutnya di airport Kuantan.Penat..penat.. kakak ku tiba pada hari sabtu, sehari sebelum raya.
Raya tahun ini merupakan raya paling busy dalam hidupku... kerana akan berlangsungnya majlis pertunangan kakak ku pada raya ke4 nnti. Setiap hari, sejak aku pulang..pasti ke bandar... untuk memenuhi persiapan pertunangan kakak ku.. dan pada sebelah petangnya dibuat rumah terbuka buat jiran-jiran dan kawan2 kami semua.
Hari ini hari raya pertama... Sesudah sembahyang raya.. bermaafan dan bergambar bersama keluarga... seterusnya menziarahi kubur. Sesudah itu terus ke rumah nenek ku di Peramu, Kuantan. Syukur Alhamdulillah....Semua sedara belah mak ada... ramai betul sepupuku.. kecil2 lagi.. meriah raya tahun ni.. hari ini xbanyak tempat pergi... banyak lagi yang perlu diuruskan di rumah.. ok lah setakat ini dahulu...
Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin....
selamat hari raya aidilfitri suzi
ReplyDeletemaaf zahir dan batin