Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, bersyukur pada Tuhan atas nikmat dan kurnianya pada tiap hamba-hamba-Nya. Syukur Alhamdulillah, diberi-Nya nikmat kekenyangan pada diriku hari ni. Semoga dengan itu dapat aku meningkatkan ibadatku pada-Nya.
Meniti hari-hari terakhir di sekolah.. bukan sebagai murid, tetapi sebagai seorang guru, pendidik di SK Sg Bayan, Mukah..sekolah yang jauh ke dalam hutan, yang mana tika hujan lebat..maka penuhlah jalan dengan air yang deras pada satu dua tempat. Yang menyebabkan warga Bayan tidak dapat keluar dari kawasan itu sehinggalah air surut. Peperiksaan akhir tahun baru sahaja sudah berlalu dan kertas-kertas soalan sudah siap disemak. Mesyuarat sempena Hari Penyampaian Hadiah sekolah ini baru sahaja selesai siang tadi. Tugas-tugas untuk menyempurnakan majlis tersebut sudah pun dipertanggungjawabkan pada setiap guru. Masing-masing mendapat tugas yang berbeza bagi melancarkan majlis. Paling penting, senarai nama murid-murid penerima anugerah perlu disediakan dengan segera bagi persediaan sijil dan sebagainya. Aturcara majlis juga perlu dikemaskini secepat mungkin untuk di masukkan ke dalam buku program. Aku pula bagaimana? Mendapat tugas yang penting di semasa perjalanan majlis dan di akhir majlis iaitu bahagian fotografi dan dokumentasi. Selain itu, aku harus menyiapkan segala dokumen penting bagi murid Tahun 6. Maklumlah, guru kelas tahun tersebut. Tahun depan, aku sekali lagi diberi tanggungjawab yang besar itu. Semoga Allah permudahkan segala urusanku dalam mendidik mereka. Keputusan peperiksaan UPSR tahun ini masih dalam penantian. Aku harap terdapat peningkatan peratus lulus pada tahun ini. SK Sg Bayan yang dahulunya mengalami masalah kekurangan guru, guru yang ada pula guru bukan opsyen bagi subjek-subjek penting menyebabkan murid-murid kurang mendapat pengajaran yang baik di dalam kelas. Kasihan ku lihat murid UPSR tahun ini. Hanya mendapat pengajaran yang baik pada tahun ini berikutan kemasukan 6 orang guru baru, 1 orang ditukarkan dari Johor dan 5 lagi merupakan lepasan KPLI. Usaha-usaha semua guru pada tahun ini pada aku adalah baik. Kebanyakan guru-guru bertungkus lumus untuk memberikan P&P yang berkesan kepada murid. Murid-murid pun terlibat dalam kem motivasi dan kecemerlangan. Dari tidak sedar akan kepentingan menuntut ilmu menjadi sedar dan bersemangat untuk berlajar. Aku bersyukur kerana mereka masih berusaha untuk berlajar walau nasib mereka tidak sama dengan murid-murid lain pada tahun ini. Walau tidak semua begitu, tapi ia sudah memadai bagi menampakkan kesan dalam tahun pertama ini. Ku harapkan kesannya adalah baik. InsyaAllah. Ya Allah, ku harap Engkau memberikan kejayaan buat anak didikku dalam peperiksaan UPSR tahun ini. Hanya padaMu lah tempat aku bermohon. Ameen
P&P sepanjang hayat!..
ReplyDeleteupload ler gambor skali..
ReplyDeletesebelum ni susah nak upload gambar..line slow sgt kat skol.. sbbtu la dah lama xbergambar dalam setiap post.. xpe2.. akan dtg akan di upgradekan la.. i'Allah
ReplyDelete