AHLAN WA SAHLAN!

Selamat Datang ke blog Seritasnim...;)
Pengisian dalam sebuah perjalanan hidup..
Pengembaraan yang panjang untuk mengenal erti sebuah kehidupan. InshaaAllah, saya juga seorang pengedar sah SHAKLEE. Anda boleh dapatkan dari saya produku-produknya yang terbaik dari saya. Pos seluruh Malaysia, COD Mukah,Sarawak dan Kuantan, Pahang.

Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010..

Sekarang..10.10 malam.. tinggal beberapa jam sahaja untuk habis tahun 2010 ni..
Seri ketika ini sedang menonton cerita permainan Anda Ada 60 minit! Seronok juga tengok permainan ni.. menguji minda dan kreativiti pemain... Sepanjang tahun ini banyak juga perkara berlaku pada diri Seri.. macam-macam.. bermula dari hal kerja sehinggalah kepada hal diri-sendiri... Alhamdulillah ...
ok lah .. Seri nak cerita apa yang Seri buat hari ni..

Jam 7.15 pg tadi Seri mula bertolak dari Mukah ke sekolah Seri..di Bayan Ulu.. Ada mesyuarat sekolah.. kami diberitahu oleh PK1 mesyuarat bermula jam 8.00 pagi..

Naik cuti sekolah ni, inilah pertama kali Seri memandu kereta ke Bayan Ulu ni..setelah sebulan cuti.. Keadaan jalan pun dah berubah... Alhamdulillah..sepanjang jalan luar hingga ke simpang Bayan dilalui dengan baik.. 2 tempat jalan yang rosak tu, dapat dipandu dengan baik juga.. jalan tu tidak lah berlubang sangat..mungkin telah di ratakan sedikit oleh jentera beberapa hari sebelum ni.. Sampai je Seri di simpang Bayan.. mulalah Seri melalui jalan baru yang dikatakan seperti litar Sepang tu.. hmm,,jalan memang cantik..dengan tar yang bewarna hitam legam dan mempunyai garisan pemisah bewarna putih..keadaan permukaan nya sangat rata dan baik.. mungkin ada antara anda akan kata..biasalah..jalan baru.. kalau anda nak tahu.. jalan di luar bayan tu..jalan yang baru pun tak sebagus macam ni.. tak tahulah kenapa kualitinya sangat berbeza..sepatutnya spesifikasi jalan raya mestilah standard..dibuat dengan kemas...tebal dan padat.. tapi ini berbeza dengan jalan diluar tu.. erm..tak apa lah tu..
Seri sambung lagi pasal jalan dalam Bayan tu..jalan yang cantik..bak kata rakan Seri lagi..ibarat hamparan karpet diatas tanah.. iyelah.. kiri kanan hanyalah tanah dan bukit2 kecil sahaja..ok..walaupun begitu baiknya jalan ini..tetapi Seri tetap kene berhati-hati ketika memandu..jalan di dalam ini berbukit-bukit dan berliku-liku..selekoh tajam juga ada dalam 3,4 tempat.. kebanyakan jalan tu..kenderaan tidak boleh memotong.. hanya satu tempat sahaja yang dibenarkan memotong..iaitu di kawasan tanah rata dan panjang sahaja..jalan yang lain semuanya berliku-liku...dan satu lagi yang bahayanya adalah.. ketika melalui bukit.. Seri kene hati-hati
juga..sebab ape? sebab jalan raya selepas naik bukit tu..maksudnya nak turun bukit la..jalan tu tak lurus sama ngan bukit tu..tapi bengkok sikit samaada ke kiri atau kekanan... pemandu kene hati2..dan pagi tadi..Seri dapat pandu tak sampai 10 minit untuk tiba di sekolah bermula dari simpang Bayan tu.... :) hehe jadi Sri sampai kat sekolah pada jam 7.57pg..:) seronok..
tapi kan..mesyuarat tak bermula jam 8pagi pun..ramai je cikgu yang tak datang lagi.. Gb pun sedang menjemur kain.. mujur la jugak kan.. kalau tak,,tak pasal-pasal Seri kene 'aim' plak nnti.. syukur la..

Selamat Tahun Baru 2011..Semoga tahun ini menjadi tahun yang diberkati oleh Allah buat Seri..
Seri doakan juga semoga Allah memberikan jodoh yang terbaik buat rakan-rakan Seri yang belum berkahwin..dan semoga cepat jodohnya.. juga semoga Allah..memberi kebaikan dan kebahagiaan kepada sahabat dan rakan-rakan Seri yang telah berkeluarga.. ameen.
Jom kita sama-sama tingkatkan amal ibadat kita di tahun 2011 ini.. :)

p/s: Seri akan upload kan gambar jalan bayan tu nanti..

---> Gambar Seri tu di ambil ketika di Kingwood Hotel & Resort Mukah.. ketika Lunch bersama staff sekolah bulan 11 lalu..



No comments:

Post a Comment