AHLAN WA SAHLAN!

Selamat Datang ke blog Seritasnim...;)
Pengisian dalam sebuah perjalanan hidup..
Pengembaraan yang panjang untuk mengenal erti sebuah kehidupan. InshaaAllah, saya juga seorang pengedar sah SHAKLEE. Anda boleh dapatkan dari saya produku-produknya yang terbaik dari saya. Pos seluruh Malaysia, COD Mukah,Sarawak dan Kuantan, Pahang.

Saturday, January 2, 2010

Majlis Anugarah Kecemerlangan Pelajar, SK SG Bayan


Tarian Ngajat oleh murid SK Sg Bayan..

Pemberian sijil berhenti sekolah kepada murid Tahun 6

Suasana Majlis.. eh.. jurukamera pun ada gak! :)

Barisan murid-murid SK Sg Bayan..2009
4 guru wanita single di Bayan..

Kenangan tahun lalu...
Kini tahun baru..buka buku baru lak...






Thursday, December 31, 2009

Tuesday, December 15, 2009

SeriTasnim ke mana???

Salam.. Buat masa sekarang, saya berhenti sekejap menulis... sampai bila, tak tahu lagi..k lah.. nanti2, saya sambung lagi.. InsyaAllah...:)

Wednesday, November 4, 2009

3 Nov 2009

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, bersyukur pada Tuhan atas nikmat dan kurnianya pada tiap hamba-hamba-Nya. Syukur Alhamdulillah, diberi-Nya nikmat kekenyangan pada diriku hari ni. Semoga dengan itu dapat aku meningkatkan ibadatku pada-Nya.

Meniti hari-hari terakhir di sekolah.. bukan sebagai murid, tetapi sebagai seorang guru, pendidik di SK Sg Bayan, Mukah..sekolah yang jauh ke dalam hutan, yang mana tika hujan lebat..maka penuhlah jalan dengan air yang deras pada satu dua tempat. Yang menyebabkan warga Bayan tidak dapat keluar dari kawasan itu sehinggalah air surut. Peperiksaan akhir tahun baru sahaja sudah berlalu dan kertas-kertas soalan sudah siap disemak. Mesyuarat sempena Hari Penyampaian Hadiah sekolah ini baru sahaja selesai siang tadi. Tugas-tugas untuk menyempurnakan majlis tersebut sudah pun dipertanggungjawabkan pada setiap guru. Masing-masing mendapat tugas yang berbeza bagi melancarkan majlis. Paling penting, senarai nama murid-murid penerima anugerah perlu disediakan dengan segera bagi persediaan sijil dan sebagainya. Aturcara majlis juga perlu dikemaskini secepat mungkin untuk di masukkan ke dalam buku program. Aku pula bagaimana? Mendapat tugas yang penting di semasa perjalanan majlis dan di akhir majlis iaitu bahagian fotografi dan dokumentasi. Selain itu, aku harus menyiapkan segala dokumen penting bagi murid Tahun 6. Maklumlah, guru kelas tahun tersebut. Tahun depan, aku sekali lagi diberi tanggungjawab yang besar itu. Semoga Allah permudahkan segala urusanku dalam mendidik mereka. Keputusan peperiksaan UPSR tahun ini masih dalam penantian. Aku harap terdapat peningkatan peratus lulus pada tahun ini. SK Sg Bayan yang dahulunya mengalami masalah kekurangan guru, guru yang ada pula guru bukan opsyen bagi subjek-subjek penting menyebabkan murid-murid kurang mendapat pengajaran yang baik di dalam kelas. Kasihan ku lihat murid UPSR tahun ini. Hanya mendapat pengajaran yang baik pada tahun ini berikutan kemasukan 6 orang guru baru, 1 orang ditukarkan dari Johor dan 5 lagi merupakan lepasan KPLI. Usaha-usaha semua guru pada tahun ini pada aku adalah baik. Kebanyakan guru-guru bertungkus lumus untuk memberikan P&P yang berkesan kepada murid. Murid-murid pun terlibat dalam kem motivasi dan kecemerlangan. Dari tidak sedar akan kepentingan menuntut ilmu menjadi sedar dan bersemangat untuk berlajar. Aku bersyukur kerana mereka masih berusaha untuk berlajar walau nasib mereka tidak sama dengan murid-murid lain pada tahun ini. Walau tidak semua begitu, tapi ia sudah memadai bagi menampakkan kesan dalam tahun pertama ini. Ku harapkan kesannya adalah baik. InsyaAllah. Ya Allah, ku harap Engkau memberikan kejayaan buat anak didikku dalam peperiksaan UPSR tahun ini. Hanya padaMu lah tempat aku bermohon. Ameen

Tuesday, October 20, 2009

Membina Rumah Tangga Bahagia

Bagi anda yang bercita-cita untuk membina rumahtangga bahagia dan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah s. w. t renungkanlah tips berikut : -

1) Anda perlu meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendaksemulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal. Surah Al-Furqan ayat 74 :-"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunankami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa."

2) Anda perlu menyedari bahawa perkahwinan anda dengan orang yang dikasihiitu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa perkahwinan anda tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah anda lakukan kearahnya. Anda juga perlu menerima hakikat bahawa usia perkahwinan anda terletak di tanganNya, dan Allah berhak mengambilnya pada bila- bila masa yang dikehendakiNya. Sebagai seorang yang beriman dengan qoda' dan qadar Allah anda hendaklah sentiasaberdoa agar jodoh anda dengan pasangan berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Allah berfirman dalam surah Al-An'am ayat 17 :-"Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

3) Perkahwinan membuahkan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Diantara tanggungjawab suami ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan bathin, mendidik isteri dan anak- anak serta berlaku baik terhadap mereka. Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syara', memelihara diri dari perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga.Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub didalam Al-Qur'an dan sangat bersesuaian dengan tabiat dan fitrah semulajadi manusia. Anda seharusnya melaksanakan segala tanggungjawab ini bukan sekadar untuk menyukakan hati pasangan anda sahaja, sebaliknya kerana mencari keredhaan Allah s. w. t.

4) Sebagai seorang mukmin , sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya. Firman Allah yang bermaksud :-"Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri- isteri, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." [Surah At Taubah, 24]Oleh itu anda mestilah memahami kedudukan anda di sisi pasangan. Anda bukanlah pihak yang pertama di hatinya. Bagi suami, selepas ketaatan kepada Allah dan RasulNya, ibubapa jatuh tempat kedua kemudian barulah isteri dan keluarga. Sementara bagi isteri, suami adalah tempat kedua selepas Allah dan RasulNya. Kemudian itu barulah ibubapa. Setelah memahami kedudukan yang ditetapkan oleh Allah, anda seharusnya tolong menolong di antara suami isteri dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya kena pada tempatnya.

5) Anda haruslah ingat bahawa pasangan anda adalah manusia biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Anda juga demikian. Oleh itu sekiranya pasangan anda melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling maaf memaafi antara suami dan isteri.

6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri sebagai pakaian bagi satu sama lain. Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan panas, begitulah pentingnya anda kepada pasangan anda. Sebagai pakaian anda diperlukan setiap masa oleh pasangan anda untuk menutupi keaibannya dan melindunginya daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan. Oleh itu anda perlulah menjadikan diri anda sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna.

7) Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara anda dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijabkabul bukan sahaja menjadikan anda suami atau isteri malah mengerat dan mengemaskan lagi ikatan persaudaraan ini. Oleh itu kasih sayang tidak hanya berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi juga sebagai saudara seiman dan seagama.

8) Anda perlulah beradab dipertemuan pertama dengan pasangan anda. Suami hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki bilik pengantin dan meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri sambil berdoa dengan maksud:- "Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya."Selepas itu pasangan hendaklah bersembahyang sunat dan berdoa kepada Allah agar diberiNya kebaikan dan dijauhiNya kejahatan.
Dan jika hendak bersama dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:-"Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami."Pertelingkahan antara suami isteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana lazim disebutkan 'sedangkan lidah lagi tergigit'. Maka apabila berlaku pergeseran janganlah diperbesarkan. Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah, giliran suami pula diam. Adalah tidak perlu pasangan yang dimarahi cuba membela diri kerana lazimnya ia tidak membuahkan hasil yang baik. Walau bagaimanapun sesiapa yang marah iniperlulah ingat dan bertanya kenapa aku marah. Adakah pasangan aku telah melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak, nasihat yang baik adalah lebih berkesan. Hidup saling memaafkan dan saling mengerti antara satu sama lain akan menambahserikan rumah tangga.Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diujiakan membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam melayari kehidupan berumahtangga.
[Ummu Ikram]

*semoga dapat manfaat bersama...

RAHMAT MENJADI INSAN YANG DISAYANGI

Pendamping setia beri kekuatan bina perhubungan bahagia, ikhlas

SIAPAKAH diri kita? Apakah kedudukan kita penting di sisi orang yang tersayang? Seorang suami sentiasa berada di sisi isteri, menemaninya mewujudkan impian membina rumah tangga sakinah, mawaddah dan warahmah.

Seorang ibu menjadi sahabat paling setia bagi anaknya dan bersedia membahagi hatinya untuk dikorbankan demi kebahagiaan mereka. Kawan karib selalu mendampingi dalam susah ataupun senang kerana kekuatan persahabatan yang dijalin bersama, tiada hasrat berkhianat untuk kepentingan sendiri.

Begitulah kehidupan anak Adam yang diciptakan untuk saling kenal mengenal, isi mengisi, dokong mendokong kerana mengharapkan kebahagiaan dalam perhubungan mereka.

Inilah kehidupan yang dibentangkan di hadapan manusia, mereka tidak terlepas daripada ‘hubungan kemanusiaan’ antara sesama. Al-Quran menggariskan perjalanan mereka dengan lengkap supaya sentiasa beringat bahawa hidup ini perlu kepada pendamping di sisi.

Menjadi seseorang yang mahu berkongsi kebaikan dengan orang lain adalah amalan dituntut dalam syariat Islam. Ia amalan paling berat timbangannya di akhirat nanti.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tidak ada sesuatu yang paling berat dalam timbangan orang beriman pada hari kiamat selain daripada akhlak yang baik.” (Hadis riwayat al-Tirmizi, Ahmad dan al-Bukhari)

Apabila seseorang kembali ke rahmatullah, tiada apapun yang akan dikenang kecuali dua perkara; adakah dia hamba Allah yang baik pergaulannya ketika hidupnya atau dia adalah seorang yang jahat perangainya.

Kesan peninggalannya itu akan dinilai oleh manusia yang mengenalinya. Kita pernah berkenalan dengan ramai orang, tetapi adakah sesuatu yang istimewa dapat kita rasa daripada orang yang hadir dalam hidup kita?

Kebaikannya, sifatnya dan akhlaknya yang boleh membuat air mata mengalir apabila mengingati keistimewaannya itu. Insan yang pernah hadir memberi kebahagiaan dalam hidup, kehilangannya membuat hati menjadi rindu dan semakin sayang. Betapa beruntungnya menjadi orang yang dikasihi dan sentiasa dikenang kebaikan dan jasanya.

Anas bin Malik berkata: Telah datang jenazah yang dihantar melewati sahabat Rasulullah SAW, kemudian mereka memujinya dengan kebaikan lalu Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Wajib!” Tidak lama kemudian datang lagi iringan jenazah lain dan mereka mengatakan keburukannya. Nabi SAW bersabda: “Wajib!” Umar bin Khattab bertanya: “Apa yang wajib wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Jenazah yang kalian puji dengan kebaikan maka dia wajib masuk syurga. Dan yang kalian sebut kejahatannya maka dia wajib masuk neraka, kalian adalah saksi-saksi Allah di muka bumi.” (Muttafaqun Alaih)

Manusia hidup mesti merancang supaya kehidupannya berkualiti dan bahagia hingga ke akhir hayat. Namun, jarang yang merancang untuk mati sebagai insan yang disayangi dan dihormati.

Bukan bermaksud gila kehormatan dan pujian orang lain, tetapi merancang menjadi hamba Allah yang disayangi ketika mati. Rasa sayang itu bukan dapat direka-reka, ia lahir daripada hati yang paling suci pada diri manusia.

Kita tidak dapat menolak jika orang sayang kepada diri kita dan kita tidak dapat memaksa orang untuk menyayangi kita. Ia adalah satu perasaan di luar kuasa dan kawalan manusia.

Begitulah ‘rahmat’ istimewa terserlah dalam keperibadian seorang manusia. Hanya Allah SWT yang melimpahkan rahmat kepada diri hamba-Nya sehingga mata sesiapapun yang memandang pasti akan terkenang keunikan kita tanpa paksaan.

Kekuatan kita berada pada orang yang mendampingi kita. Kehadiran mereka memberi satu dimensi positif yang mempengaruhi pemikiran dan perasaan kita. Di sisi Adam berdiri Hawa yang setia, di sisi Rasulullah SAW hadir sahabatnya yang agung.

Di sisi raja yang mulia tegak bersama menteri yang amanah. Di sisi seorang suami ada isteri yang mencintai, menghormati dan memberi sokongan tidak berbelah bagi. Kita perlukan mereka untuk menjalani hidup ini dengan gembira.

Tiada yang paling berharga di dunia melainkan pendamping setia, sahabat, jiran dan sanak saudara yang mahu dicintai dan ikhlas mencintai kita. Tetapi perlu diingat bahawa sesiapa yang tidak mencintai mustahil akan dicintai.

INTI PATI

  • Menjadi seseorang yang mahu berkongsi kebaikan dengan orang lain adalah amalan dituntut syariat Islam dan amalan paling berat timbangannya di akhirat.
  • Kebaikan, sifat dan akhlak pendamping setia boleh membuat air mata mengalir apabila mengingati keistimewaan kebaikan dan jasanya.
  • Manusia hidup mesti merancang supaya kehidupannya berkualiti dan bahagia hingga ke akhir hayat untuk menjadi insan disayangi dan dihormati.
  • Rahmat istimewa terserlah dalam keperibadian seorang manusia. Kekuatan kita berada pada orang yang mendampingi kita. Kehadiran mereka memberi satu dimensi positif yang mempengaruhi pemikiran dan perasaan kita.
  • Tiada paling berharga di dunia melainkan pendamping setia yang mahu dicintai dan ikhlas mencintai kita.

*diambil dari simpanan artikel-artikel menarik seorang rakan.

Sunday, October 18, 2009

Hari Ini Hari Ahad!!!

Kem 1 Malaysia Peringkat Daerah Mukah
Tarikh: 29 Sept - 2 Nov 2009
Guru Pengiring: Cik Suziati Mohd Sati
: Encik Khairul Helmi b Mohamad
Peserta dari SK Sungai Bayan
1. Noreen anak Sakai (T6)
2. Eliesther anak Sahrin (T4)
3. Rosita Menai anak Vincent (T5)
4. Ravica anakFrankie (T6)
5. Wati anak Kelly (T6)
6. Cheines Jonathon anak Ningkan (T5)
7. Joe anak Merom (T6)
8. Igas anak Lamat (T5)
9. Brolen anak Philip (T5)
10. Timothy Andy (T4)

Tuesday, October 13, 2009

Selamat Pagi...

Alhamdulillah.. hari ni aku masih dapat menghirup udara segar di Bayan Ulu ini.. Sesampai j edi sekolah.. hujan mula turun... lega.. nampaknye ada tambahan air dalam tangki biru kat rumah...Sekolah dah mula nak kehabiasn air sejak dua tiga hari ni... air RO yang ada bermasalah sekarang... tak tahu sebb ape... dalam proses pembaikkan.. Hari ini akan ku teruskan tugasku seperti biasa...hari ini tak banyak sgt masa ku mengajar... 6 masa aje... SN thn 3, PM thn 1 dan English Y4...Perhimpunan dibatalkan.. kerana hujan turun... suasana menjadi sejuk di sekitar sekolah.. lebih2 lagi dalam bilik guru.. ada aircond.. hehehe.. mewah je rasa duk Bayan ni.. kalau kat tempat len belum tentu ada aircond kat bilik guru... ok lah... nak teruskan tugas... waktu free nak hampir tamat dah...bai2...

Monday, October 12, 2009

Noted!!!

“Kekayaan y sebenar ialah kekayaan jiwa dan iman. Orang yang kaya ialah orang yang redha dan segala kurniaan dari Illahi…


“Cinta itu mensucikan akal, mengenyahkan kekhuatiran, memunculkan keberanian, mendorong berpenampilan rapi, membangkitkan selera makan, menjaga akhlak mulia, membangkitkan semangat, mengenakan wewangian, memperhatikan pergaulan yang baik, serta menjaga adab dan kepribadian.... TAPI CINTA JUGA MERUPAKAN UJIAN BAGI ORANG-ORANG YANG SHALEH DAN COBAAN BAGI AHLI IBADAH.” Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah"

Wednesday, October 7, 2009

Go back to school, teacher!!!

Salam..... hai kawan2 sume yang sudi bace dan melihat ke blog ni... ni hobby masa lapang ni... suka menaip kat laptop ni...sambil tulis ape yang terlintas di fikiran.. di hati... tentang kehidupan, tentang diri sndri... tentang alam.. dan semuanya... Sekarang dah masuk sekolah... seminggu lepas, sesampainye di Mukah... terus xsihat... perjalanan kembali ke mukah ni sungguh xselesa... banyak pula ujian-ujian yang diterima. tapi terima kasih kat Tuhan sebb bg ujian... tu tanda Dia masih ingat dan sayang pada hambanya... padaku.. InsyaAllah.... Alhamdulillah... dah demam seminggu ....sekarang dah baik dah... sikit2 ku kumpulkan semangat untuk meneruskan hari2 seterusnya di sini.... minggu depan temuduga bagi mengesahkan jawatanku sebagai guru akan berlangsung... 15hb... 10 pagi di PKG Mukah..... rakan2 ku pun ada yang sudah di temuduga dan akan di temuduga......sekarang masa kene buka buku dan bace... cari bahan2 di internet dan ambil tahu tentang isu-isu yang 'famous' di tanya ketika temuduga.... hehehe.. seronok betul menaip ni... membaca blum lagi habis tuk temuduga tu.... hehehe.. tapi takpe... pandailah aku bahagikan amasa yang ada..... Minggu ni... hari jumaat.. kakak ku akan datang ke Mukah... lawat tempat tinggal ku... kali pertama dia sampai sini.... walaupun Mukah ni kecil nak dibandingkan dengan Miri, tempat kakak ku bekerja tu... aku tetap akan bawa kakak ku berjalan2 di sini... mungkin akan pergi ke pekan2 kecil berdekatan.... hehehe... Ya Allah, mudahkanlah perjalanan kakak ku dan mudahkanlah semua urusan kami... ameen..
Ok lah.... sampai sini dulu duhai blog ku... nnti senang2... saya tulis lagi...... semoga hari-hari yang mendatang adalah hari yang membahagiakanku.... duhai kekasihku... jumpa lagi....

Friday, September 25, 2009

Majlis pertunangan kakak!


1.Kak Long dan Saya.... sblm majlis..... 2. Kak long, tunang angah.. saya.. dan baby...(anak kwn mak)


3. Selepas majlis .....


Tahniah buat Kak Long... jaga diri baik2 k...

Sunday, September 20, 2009

SeLaMaT HaRi Raya!!!

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menapak di Kuantan tepat jam 10.00pg Khamis lalu di airport Kuantan. Ketibaanku disambut oleh kedua orang tuaku...aku orang pertama yang pulang ke kampung pada kali ini. Rupanya adik ku juga sampai malam ini...pukul 4pagi.. dan esok harinya abangku pula tiba dari Kedah, drive sendiri dari sana.. 12 jam perjalanan.. tapi tidak boleh menandingi ku.. yang mengambil masa 24jam untuk sampai kerumah... 10.00 pagi dari sekolah --> Mukah --> Kuching --> Lcct --> Klia --> tiba 10.00 pagi hari berikutnya di airport Kuantan.Penat..penat.. kakak ku tiba pada hari sabtu, sehari sebelum raya.

Raya tahun ini merupakan raya paling busy dalam hidupku... kerana akan berlangsungnya majlis pertunangan kakak ku pada raya ke4 nnti. Setiap hari, sejak aku pulang..pasti ke bandar... untuk memenuhi persiapan pertunangan kakak ku.. dan pada sebelah petangnya dibuat rumah terbuka buat jiran-jiran dan kawan2 kami semua.

Hari ini hari raya pertama... Sesudah sembahyang raya.. bermaafan dan bergambar bersama keluarga... seterusnya menziarahi kubur. Sesudah itu terus ke rumah nenek ku di Peramu, Kuantan. Syukur Alhamdulillah....Semua sedara belah mak ada... ramai betul sepupuku.. kecil2 lagi.. meriah raya tahun ni.. hari ini xbanyak tempat pergi... banyak lagi yang perlu diuruskan di rumah.. ok lah setakat ini dahulu...

Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin....