AHLAN WA SAHLAN!

Selamat Datang ke blog Seritasnim...;)
Pengisian dalam sebuah perjalanan hidup..
Pengembaraan yang panjang untuk mengenal erti sebuah kehidupan. InshaaAllah, saya juga seorang pengedar sah SHAKLEE. Anda boleh dapatkan dari saya produku-produknya yang terbaik dari saya. Pos seluruh Malaysia, COD Mukah,Sarawak dan Kuantan, Pahang.

Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010..

Sekarang..10.10 malam.. tinggal beberapa jam sahaja untuk habis tahun 2010 ni..
Seri ketika ini sedang menonton cerita permainan Anda Ada 60 minit! Seronok juga tengok permainan ni.. menguji minda dan kreativiti pemain... Sepanjang tahun ini banyak juga perkara berlaku pada diri Seri.. macam-macam.. bermula dari hal kerja sehinggalah kepada hal diri-sendiri... Alhamdulillah ...
ok lah .. Seri nak cerita apa yang Seri buat hari ni..

Jam 7.15 pg tadi Seri mula bertolak dari Mukah ke sekolah Seri..di Bayan Ulu.. Ada mesyuarat sekolah.. kami diberitahu oleh PK1 mesyuarat bermula jam 8.00 pagi..

Naik cuti sekolah ni, inilah pertama kali Seri memandu kereta ke Bayan Ulu ni..setelah sebulan cuti.. Keadaan jalan pun dah berubah... Alhamdulillah..sepanjang jalan luar hingga ke simpang Bayan dilalui dengan baik.. 2 tempat jalan yang rosak tu, dapat dipandu dengan baik juga.. jalan tu tidak lah berlubang sangat..mungkin telah di ratakan sedikit oleh jentera beberapa hari sebelum ni.. Sampai je Seri di simpang Bayan.. mulalah Seri melalui jalan baru yang dikatakan seperti litar Sepang tu.. hmm,,jalan memang cantik..dengan tar yang bewarna hitam legam dan mempunyai garisan pemisah bewarna putih..keadaan permukaan nya sangat rata dan baik.. mungkin ada antara anda akan kata..biasalah..jalan baru.. kalau anda nak tahu.. jalan di luar bayan tu..jalan yang baru pun tak sebagus macam ni.. tak tahulah kenapa kualitinya sangat berbeza..sepatutnya spesifikasi jalan raya mestilah standard..dibuat dengan kemas...tebal dan padat.. tapi ini berbeza dengan jalan diluar tu.. erm..tak apa lah tu..
Seri sambung lagi pasal jalan dalam Bayan tu..jalan yang cantik..bak kata rakan Seri lagi..ibarat hamparan karpet diatas tanah.. iyelah.. kiri kanan hanyalah tanah dan bukit2 kecil sahaja..ok..walaupun begitu baiknya jalan ini..tetapi Seri tetap kene berhati-hati ketika memandu..jalan di dalam ini berbukit-bukit dan berliku-liku..selekoh tajam juga ada dalam 3,4 tempat.. kebanyakan jalan tu..kenderaan tidak boleh memotong.. hanya satu tempat sahaja yang dibenarkan memotong..iaitu di kawasan tanah rata dan panjang sahaja..jalan yang lain semuanya berliku-liku...dan satu lagi yang bahayanya adalah.. ketika melalui bukit.. Seri kene hati-hati
juga..sebab ape? sebab jalan raya selepas naik bukit tu..maksudnya nak turun bukit la..jalan tu tak lurus sama ngan bukit tu..tapi bengkok sikit samaada ke kiri atau kekanan... pemandu kene hati2..dan pagi tadi..Seri dapat pandu tak sampai 10 minit untuk tiba di sekolah bermula dari simpang Bayan tu.... :) hehe jadi Sri sampai kat sekolah pada jam 7.57pg..:) seronok..
tapi kan..mesyuarat tak bermula jam 8pagi pun..ramai je cikgu yang tak datang lagi.. Gb pun sedang menjemur kain.. mujur la jugak kan.. kalau tak,,tak pasal-pasal Seri kene 'aim' plak nnti.. syukur la..

Selamat Tahun Baru 2011..Semoga tahun ini menjadi tahun yang diberkati oleh Allah buat Seri..
Seri doakan juga semoga Allah memberikan jodoh yang terbaik buat rakan-rakan Seri yang belum berkahwin..dan semoga cepat jodohnya.. juga semoga Allah..memberi kebaikan dan kebahagiaan kepada sahabat dan rakan-rakan Seri yang telah berkeluarga.. ameen.
Jom kita sama-sama tingkatkan amal ibadat kita di tahun 2011 ini.. :)

p/s: Seri akan upload kan gambar jalan bayan tu nanti..

---> Gambar Seri tu di ambil ketika di Kingwood Hotel & Resort Mukah.. ketika Lunch bersama staff sekolah bulan 11 lalu..



Wednesday, December 29, 2010

^_^ jom senyum..


:) Selamat pagi semua.. lama dah Seri tak tulis kat sini.. kesibukan melanda mula lepas raya korban sampailah ketika pulang ke kampung. Seri dah sampai di Sarawak sekarang ni. Meniti hari-hari terakhir tahun 2010. 31hb ada mesyuarat penyelarasan sekolah plak.. Tahun ni sekali lagi cabaran buat Seri untuk mengajar murid tahun enam bagi subjek Sains. Jawatan sebagai guru kelas tahun 6 tidak lagi dipegang seperti 2 tahun ni..tetapi tetap menjadi guru kelas Tahun 3. Bilangan murid hanya 9 orang. Murid tahun 6 pun 9 orang juga.Bilangan yang sama tapi tahap kepandaian yang berbeza. Keadaan fizikal di sekolah masih sama seperti dulu.. bangunan kelas tetap satu..satu dewan makan dan satu astaka. Cuma bertambah sebuah bangunan pra-sekolah yang masih dalam pembinaan lagi.. bakal siap bulan Mac 2011. Jalan masuk ke bayan sgt cantik sekarang..bak kata kawan Seri..macam litar Sepang..kerana jalan berliku dan berbukit-bukit. Jalan ini boleh memuatkan 2 buah kereta lalu pada satu masa dan siap ada double line lagi.. :) Keadaan fizikal jalan raya di luar pula masih tak banyak perubahan.. ada 2 tempat yang belum siap dengan sebaiknya.. masih berlubang-lubang dan sempit..mungkin bulan 6 nanti siap kat 2 tempat ni..

Seri masih merancang aktiviti persekolahan untuk 2011 ni.. ok.semoga yang terbaik buat kita semua.. insyaAllah.. :)

Friday, November 19, 2010

Selamat Hari Raya Korban

Assalamualaikum..

Salam buat rakan-rakan semua... :) Selamat Hari Raya AidilAdha .. Walaupun hari ni sudah hari ke3 korban, Sri tetap ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat buat semua. Semoga kita semua dalam lindungan Allah selalu. Insha Allah.

Sesi persekolahan sesi 2010 juga sudah tamat di Malaysia sekarang ni. Tibalah musim cuti sekolah selama lebih kurang sebulan lebih sedikit. Walaupun sekolah murid-murid sedang bercuti, namun Sri tetap perlu menjalankan tanggungjawab Sri sebagai guru.. bertugas menjaga sekolah ketika cuti.. ada dalam Pekeliling Pendidikan yang ke berapa entah, Sri tak berapa pasti.. walaupun hati Sri sudah melonjak-lonjak ingin pulang ke kampung, sudah tugas, perlulah dilaksanakan dengan sebaiknya.. :).. InshaAllah.

Keputusan UPSR 2010_11.11.2010


Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi atas segala limpah kurnianya pada setiap makhluk di muka bumi ini. Apa khabar rakan-rakan sekalian? Harap anda sihat-sihat sahaja hendaknya dan sentiasa dilimpah rahmat oleh-Nya.

11.11.2010..tarikh keputusan peperiksaan UPSR.. ketika ini.. diri Sri sedang berkursus di PPD. Jam menunjukkan pukul sepuluh pagi..ramai rakan-rakan guru sedang sibuk bertanya tentang keputusan UPSR sekolah masing-masing. Namun diri sri masih lagi belum mengetahuinya..rakan-rakan guru Sri pun begitu..Pukul 12tghr Sri mengambil peluang untuk melihat sendiri keputusan UPSR sekolah di bahagian Unit Peperiksaan PPD. Alhamdulillah.. target sekolah lulus 50% tercapai. Dan setinggi-tinggiucapan syukur Sri pada Allah..matapelajaran Sains=100% lulus..satu-satunya subjek yang lulus penuh oleh murid sekolah ku. Alhamdulillah.. Syukur tak terkata.. segala usaha penat lelah ku dan doa ku terbalas juga.. Tahniah ku ucapkan kepada semua anak muridku.. kerana usaha mereka jugalah, mereka berjaya..

Kini aku meniti hari-hari terakhir persekolahan sesi ini.. bagaimana pula yang akan datang.. semoga kejayaan dan kegembiraan milikku selamanya... :) Insya Allah..

Friday, November 5, 2010

Nota Cinta ~ Saujana


Album : Nota Cinta

Munsyid : Saujana

http://liriknasyid.com


Andainya dapatku menulis

Nota-nota cinta buat diri-Nya

Ingin ku titipkan bersama

Semua kuntuman bunga

Yang indah berseri


Ku sembur haruman mewangi

Bersama kata-kata puji

Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku

Menjalin ikatan menuju ke Syurga


Cintaku kepada Dia

Rinduku hanya pada-Nya

Kasihku tulus buat-Nya

Setiaku balas kasih-Nya

Kasihku kasih yang setia

Pada yang punya


Dambaku pada Yang Esa

Pujian hanya buat-nya

Akurku kebesaran-Nya

Teragung Maha Suci-Nya

Taatku hamba yang hina

Pada Pencipta


Kiranya aku hilang arah

Jalan hidupku berubah punah

Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah

Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah

Nur Hidayah-Nya semakin cerah



Sunday, October 24, 2010

InshaAllah..Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope

Cause Allah is always by your side

Insha Allah

Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way
Insha Allah
Insya Allah we’ll find the way

~semoga Allah memudahkan segalanya~

~tenanglah duhai hati~

~thank you Allah~


Friday, October 22, 2010

Buku pilihan ketika ini..


~ Ya Allah..mudahkanlah segalanya....~
Hati ini berdetik lagi..
mampukah diriku untuk menghadapinya..
berikanlah petunjuk buatku..
semoga ku temui jalan pulang yang sebenar.
Ameen.


Friday, October 1, 2010

Jumaat yang tenang..

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah,
apakah diriku tidak bersyukur dengan apa yang ku ada..
bantulah diriku untuk sentiasa bersyukur pada setiap pemberianMu..
Ameen..


Saturday, August 28, 2010

Ya Allah,
jika hati ku hitam..
maka putihkan lah..

Wednesday, August 11, 2010

Penenang Hati..



Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan



Syukur alhamdulillah..sampai juga diriku pada Ramadhan kali ini. Semoga Ramadhan kali ini yang terbaik bagiku dari Ramadhan yang lalu.
Bersama-samalah kita untuk meningkatkan amal ibadat kita dan jadikanlah Ramadhan ini bulan tarbiyyah diri kita semua..semoga kita semua menjadi insan soleh dan solehah..ameen.


Saturday, July 24, 2010

35 PETUA PELAJAR CEMERLANG


Assalamualaikum..

Nak kongsi dengan kawan-kawan pasal petua pelajar cemerlang dari Dato' Dr Hj Fadzillah Kamsah. Saya tampal tips ni kat dalam kelas tahun 6..


Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah


1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

o kita ingat 10 % apayang dibaca

o kita ingat 20% apa yang didengar

o kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat

o kita ingat 70% apa yang dicakapkan

o kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.

o pastikan cahaya adalah terang

o kurangkan gangguan bunyi

o tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar

o tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran

o kerusi dan meja menghadap kiblat

o jangan lupa untuk senyum

6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

8. Tahu teknik merangsang memori:

o memasukkan maklumat dalam memori (registration)

o menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)

o mengingat kembali (recall)

o menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

9. Sentiasa awal dan mendahului:

o persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.

o pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.

o belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.

o untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

11. Mempunyai teknik membaca yang betul:

o duduk dengan tegak & bernafas dengan betul

o memberikan tumpuan sepanuhnya

o menggunakan jari telunjuk untuk membaca

o menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.

20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

22. Tahu petua mengulang kaji

o cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita

o siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna

o duduk tegak dikerusi yang selesa

o baca doa penerang hati

o baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul

o fikir dan ingat kembali isi utama

o catat/lakar

o semak semula ketepatan maklumat

o ulang sebut atau ceritakan pada orang lain

o buat rumusan

o jawab soalan

o tampal maklumat yang rumit di dinding

o baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:

o jangan makan kepala ikan

o jangan makan organ dalaman

o jangan minum semasa makan

o jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut

o jangan melihat kemaluan

o jangan melihat buih

o jangan membaca nama pada batu nisan

o banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain

o banyakkan makan kismis, kurma dan madu

o banyakkan makan kekacang

o pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan

o jangan makan sehingga terlalu kenyang

o jangan kencing berdiri

25. Tahu kemahiran mengingat:

o tampal nota-nota penting di dinding

o tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah

o gunakan kaedah akronim

o reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat

o pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

26. Cekap mengatur jadual belajar:

o mempunyai jadual belajar

o patuh kepada jadual

o buat jadual yang boleh diikuti

27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.

28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.

29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.

30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.

31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).

32. Pelbagaikan tempat belajar.

33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.

35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:

o taat kepada Allah

o mendirikan sembahyang

o menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka

o hormati & sayangi guru

o bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.

o suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari

o membantu rakan yang memerlukan

o berdoa dan bersyukur kepada Allah

o sentiasa bertawakal

o mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.